KUCHING:Kerajaan Negeri Sarawak sedang meneliti keadaan semasa COVID-19 sebelum memutuskan tarikh sebenar bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12).
Menurut Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, PRN12 akan diadakan pada tahun 2021 namun, penganjurannya bergantung dengan risiko serta faktor keselamatan rakyat yang sentiasa menjadi keutamaan.
“Sebenarnya, PRN12 dirancang untuk diadakan lebih awal. Tetapi disebabkan pandemik COVID-19, ia terpaksa ditangguhkan kerana kesihatan rakyat lebih diutamakan ketika ini.
“Bila? Saya tidak tahu. Sekarang kita sudah berada pada bulan Disember. Yang pasti tahun depan, tetapi saya tidak tahu bila,” kata beliau.
Ujar Abang Johari yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu lagi, bersandarkan tempoh matang pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang bakal berakhir pada Jun 2021, penilaian risiko COVID-19 harus dipertimbangkan.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Hari Ulang Tahun ke-24 Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Pelancaran ‘The Last Ring Ladies Mural’ di Kota Padawan, Kuching pada Isnin.
Dalam masa yang sama, beliau turut menegaskan, tiada keperluan untuk menandatangani ‘Gagasan Persefahaman Politik’ merangkumi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Jelasnya, perkara tersebut sudah dijawab Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang menyatakan tiada keperluan untuk berbuat demikian.
BACA: Cadangan tubuh gagasan besar, pemimpin GPS kata tak perlu
Pada Jumaat lalu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menyuarakan bahawa PN, BN dan GPS perlu bermuafakat bagi mengekalkan kesatuan politik khasnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.
Jelasnya, perkara ini supaya Perikatan Nasional dapat terus memerintah Kerajaan Persekutuan di samping mengambil alih kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan.
BACA: PN, BN dan GPS perlu bermuafakat, wujudkan satu gagasan besar - Hamzah Zainudin
Astro Awani
Mon Dec 14 2020

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg juga menyatakan pendirian tegas beliau berkenaan muafakat politik antara PN, BN dan GPS seperti disuarakan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin. - Foto Jabatan Penerangan
![[INFOGRAFIK] Laporan harian pemberian dos 1 vaksin [INFOGRAFIK] Laporan harian pemberian dos 1 vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893558/8967789641614789796507_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Laporan harian pemberian dos 1 vaksin

5 perkara penting dalam sidang media KKM - 03 Mac 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Perodua Ativa | Teknologi terkini dengan harga lebih berpatutan
Selepas sekian lama berteka-teki, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akhirnya melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) keduanya, Perodua Ativa pada 3 Mac 2021.

Dadah | Sindiket dadah guna kurier tumpas
Tiga lelaki tempatan ditahan dalam tiga serbuan pada 26 Februari lalu sekaligus satu sindiket penghantaran dan pengedaran dadah menggunakan khidmat penghantar barang di sekitar Lembah Klang ditumpaskan. Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed memaklumkan, penghantar barang atau runner yang membawa bekalan dadah berkenaan memperoleh ganjaran lumayan sehingga RM10,000 untuk setiap 'trip'.

Struktur Runtuh | Dua maut, tiga mangsa terselamat
Dua wanita maut, sementara tiga individu lain termasuk pemandu van kilang terselamat selepas kenderaan mereka naiki dihempap runtuhan struktur binaan lebuh raya bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) pada petang Rabu. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, turut memaklumkan kesemua lima mangsa yang terperangkap dalam van berkenaan berjaya dikeluarkan.

Runtuhan Binaan SUKE | Tunggu laporan pihak berkuasa - Fadillah
Dalam pada itu Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof menjelaskan laporan awal mendapati insiden struktur pembinaan lebuh raya bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) runtuh pada petang Rabu disebabkan ia dilanggar sebuah treler. Beliau yang berada di Program Bicara Naratif Terbitan RTM turut menggesa orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi sehingga laporan penuh berhubung kejadian berkenaan dikeluarkan pihak berkuasa.

Kemalangan| Mangsa berkongsi detik cemas melalui telefon
Terdahulu, salah seorang mangsa runtuhan struktur binaan di Lebuh Raya Sungai Besi-Hulu Kelang berhampiran Desa Tun Razak menghala ke Ampang sempat dihubungi suaminya ketika masih dalam keadaan terperangkap di bawah sisa runtuhan. Mangsa, Zakiah Yaakop, 51 tahun yang sempat dihubungi suaminya, Kamarulzaman Awang memaklumkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius namun mengalami kesukaran untuk bergerak.

Kemalangan | Lori tiada kaitan dengan SUKE - Prolintas
Sementara itu Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd., pemaju bagi Projek Pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) menafikan lori yang melanggar perancah besi pembinaan SUKE lewat petang rabu terlibat dalam pembinaan lebuh raya berkenaan. Ia juga mendakwa lori jenis treler itu membawa lebih muatan. Pihak SUKE akan mengeluarkan kenyataan susulan berkaitan insiden ini dari masa ke semasa.

Dana 1MDB | Siasatan terhadap Tawfiq Ayman masih berjalan
Polis masih meneruskan siasatan terhadap Datuk Dr Tawfiq Ayman berkaitan penerimaan Dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam akaun bank miliknya di Singapura. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, siasatan dibuat mengikut seksyen 4(1)(A) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, pencegahan pembiayaan keganasan dan hasil daripada hasil daripada aktiviti haram 2001.

Jangan 'mandulkan' demokrasi - Asyraf Wajdi
Pemuda UMNO memohon agar Kerajaan mengkaji semula keputusan untuk tidak mengadakan persidangan Parlimen

PRN Sarawak ambil kira keadaan semasa, risiko penularan COVID-19 - Abang Jo
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, risiko penularan COVID-19 harus dipertimbangkan sebelum tarikh sebenar PRN Sarawak ke-12 diputuskan.

PRN Sarawak tidak boleh dielak, tetap diadakan - Abang Johari
Ini melihat kepada kebolehan Sarawak dalam mengawal pandemik di negeri itu. Namun, masih ada masa sebelum mandatnya berakhir pada Jun 2021.