awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Fazzrudin berpuas hati SOP ketat hari pengundian, elak penularan COVID-19

Assim Hassan
Assim Hassan
18/12/2021
02:30 MYT
PRN Sarawak: Fazzrudin berpuas hati SOP ketat hari pengundian, elak penularan COVID-19
Fazzrudin berkata (gambar) susun atur ke ruangan mengundi yang sedikit jauh dilihat penting bagi memastikan suasana selamat ketika membuang undi.
KUCHING: Penetapan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) dilihat pada tahap terbaik dalam keadaan norma baharu hari pengundian pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.
Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) DUN Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman berkata, susun atur ke ruangan mengundi yang sedikit jauh dilihat penting bagi memastikan suasana selamat ketika membuang undi.
"Saya berpuas hati dengan SOP yang ditetapkan pada hari pengundian terutama di SK Petra Jaya, Kuching.
"Susun atur pergerakan para pengundi juga lancar walaupun sedikit jauh tetapi dilihat selamat dan tidak akan ada kesesakan berlaku di pusat pengundian ini," katanya kepada pemberita selepas membuang undi.
Melihat kepada SOP norma baharu itu, Fazzrudin yang juga Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menyeru rakyat Sarawak supaya turun menunaikan tanggungjawab membuang undi.
Katanya, para pengundi tidak perlu takut kerana SOP pencegahan COVID-19 sangat dipraktikkan di setiap pusat pengundian.
"Saya menyeru pengundi untuk turun mengundi menunaikan tanggungjawab mereka. Saya yakin dengan SOP yang ditetapkan dalam usaha kita mencegah penularan COVID-19," katanya.
Seramai 1,068 pengundi akan membuang undi di tiga saluran di SK Petra Jaya.
Pada PRN12 kali ini, Fazzrudin yang merupakan penyandang DUN Tupong akan dicabar dua pencabar, iaitu Ahmad Nazib Johari daripada PKR dan Chang Haong Yen daripada PBK.
Seramai 26,004 pengundi berdaftar layak untuk mengundi wakil rakyat bagi DUN Tupong.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#Fazzrudin Abdul Rahman
#SOP ketat
#elak penularan COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan