awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Ia suatu pengkhianatan jika GPS terus gantung kerajaan - Abang Johari

Nuzuluddin Abdul Razak, Fadilah Sulaiman
Nuzuluddin Abdul Razak, Fadilah Sulaiman
05/11/2021
01:22 MYT
PRN Sarawak: Ia suatu pengkhianatan jika GPS terus gantung kerajaan - Abang Johari
Abang Johari berkata, adalah penting untuk PRN12 Sarawak diadakan bagi mengembalikan mandat rakyat untuk memilih kerajaan negeri yang baharu. - Astro AWANI.
KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyifatkan ia suatu pengkhianatan sekiranya kerajaan negeri terus digantung serta tidak mengadakan Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12).
Sehubungan itu, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, adalah penting untuk PRN12 Sarawak diadakan bagi mengembalikan mandat rakyat untuk memilih kerajaan negeri yang baharu.
Katanya, Kerajaan GPS juga mengambil maklum dan meletakkan senario kesihatan dan keselamatan rakyat pada tahap tertinggi.
"Maka dalam membuat keputusan kita perlu berhati-hati dan sentiasa berhubung dengan Kementerian Kesihatan dan pemegang taruh yang lain bagi memastikan PRN12 yang diadakan nanti akan mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) bagi elak penularan COVID-19.
"Malah, kadar vaksinasi yang tinggi juga diambil kira oleh pihak berkepentingan untuk membolehkan PRN12 diadakan dengan selamat," katanya pada sidang media khas jam 9 pagi tadi di Bilik Mesyuarat Utama, Wisma Bapa Malaysia (WBM), di sini.
Abang Johari mengumumkan bahawa DUN Sarawak bubar secara rasmi pada 3 November lalu sekali gus wajar untuk Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak diadakan bagi mengembalikan mandat rakyat memilih kerajaan negeri yang baharu.
BACA: DUN Sarawak bubar berkuat kuasa 3 Nov - Abang Johari
[TERKINI] Sidang media khas Ketua Menteri Sarawak
Topic Berkaitan
#Kerajaan GPS
#menggantung kerajaan
#PRN Sarawak
#mandat rakyat Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan