awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Keputusan malam ini bakal tunjukkan kemampuan Abang Johari - Penganalisis

Fareez Azman
Fareez Azman
18/12/2021
04:57 MYT
PRN Sarawak: Keputusan malam ini bakal tunjukkan kemampuan Abang Johari - Penganalisis
Penganalisis politik, Ammar Redza berpendapat keputusan PRN12 Sarawak bakal membuktikan kemampuan Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengemudi gabungan parti itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 bakal menyaksikan pertandingan sengit antara kesemua parti terutamanya Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Menurut penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Ammar Redza, keputusan yang bakal diumumkan pada malam Sabtu juga memberi gambaran kemampuan Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam mengetuai gabungan parti itu.
"Saya melihat kepentingan PRN12 ini gelanggang buat Tan Sri Abang Johari tunjukkan bahawa beliau mampu mentadbir dan perolehi mandat Negeri Sarawak sama seperti kapasiti arwah Tan Sri Adenan Satem.
"Ini juga satu referandum beliau bukan sahaja mampu mendapat mandat, tapi mengetuai komponen dalam GPS itu juga.
"Jika PRN kali ini beliau memberikan mandat besar, ia memberi gambaran pengundi dan rakyat percaya dengan kapasiti beliau mengetuai negeri dan komponen parti itu dalam arena politik persekutuan," jelasnya.
Sementara itu, penganalisis politik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak, Nadrawina Isnin pula berpendapat keberanian yang ditunjukkan Tan Sri Abang Johari sebelum ini juga boleh diuji dengan jumlah mandat yang akan diberikan rakyat.
"Dia berani, risiko yang dia ambil sebab dia mengemudi apa yang ada di Sarawak terutama parti politik pelbagai jenis.
"Pada masa sama, ini ujian buat Abang Johari untuk lihat sejauh mana dia mampu berdiri.
"Pengalaman beliau dalam politik satu kelebihan, dapat membaca perwatakan dalam politik Sarawak. Sekiranya beliau berjaya kali ini, maksudnya dia dah melakukan terbaik," jelasnya.
Pengerusi Parti Gabungan Sarawak (GPS) itu berdepan tentangan daripada tiga calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.26 Gedong daripada Parti Bumi Kenyalang (PBK), Tomson Ango dan Parti Amanah Negara (Amanah), Kamal Bujang dan Mohamad Sofian Fariz Sharbin dari Parti Sarawak Bersatu (PSB).
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#Pengerusi GPS
#Tan Sri Abang Johari Tun Openg
#Sarawak Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan