awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026 di KL Sentral: Pelawat teruja terima cenderamata, akui rakyat Malaysia peramah
VM2026: LADA rancang 50 acara besar, tonjol tarikan asli Langkawi
KKM nafi Klinik Kesihatan tidak lagi terima pesakit 'walk-in'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Kuota calon wanita perlu ditambah, jangan pinggir mereka - Penganalisis

Assim Hassan
Assim Hassan
08/11/2021
04:50 MYT
PRN Sarawak: Kuota calon wanita perlu ditambah, jangan pinggir mereka - Penganalisis
Dr Nadrawina berkata, hal ini penting bagi mengetengahkan suara wanita dalam pembuat dasar dan polisi di peringkat tertinggi. - Astro AWANI.
KUCHING: Peratusan dan kuota calon wanita dari semua parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN) Sarawak wajar ditingkatkan.
Pensyarah Kanan Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Sarawak, Dr Nadrawina Isnin berkata, setiap parti tidak boleh hanya menjadikan syarat 30 peratus sahaja wakil wanita sebagai calon pilihan raya.
Tegasnya, hal ini penting bagi mengetengahkan suara wanita dalam pembuat dasar dan polisi di peringkat tertinggi.
"Mungkin boleh lebih 30 peratus kita mahu wanita terlibat dalam pentadbiran kerajaan. Mereka ini apabila berjaya sebagai pembuat dasar boleh mewakili suara-suara golongan itu.
"Selain itu, apa sahaja polisi yang diperkenal dan akan dilaksanakan tidak akan meminggirkan nasib golongan wanita. Atas sebab itu, saya tertarik untuk melihat ketua-ketua parti memberi peluang serta ruang kepada calon wanita bertanding mewakili parti mereka pada PRN12 nanti," katanya ketika ditemui Astro AWANI pada Isnin.
Dalam pada itu, Dr Nadrawina berkata, calon yang ditampilkan setiap parti perlu mengambil kira beberapa kriteria seperti berwibawa, bersih daripada rasuah dan mudah didekati rakyat.
Kata beliau, ini kerana rakyat di sesuatu kawasan Dewan Undangan Negeri itu akan melihat sesuatu calon berdasarkan kriteria berkenaan terutama sekali sikap suka turun padang.
"Calon wanita ini bukan sahaja perlu aktif dalam media sosial tetapi juga turun padang bertemu rakyat terutama sekali bertanyakan apa juga masalah dihadapi dan menyelesaikannya," ujar beliau.
Ditanya mengenai khabar angin beberapa penyandang calon wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan digugurkan dan menarik diri pada PRN12, Dr Nadrawina melihat perkara itu terpulang kepada kebijaksanaan ketua parti iaitu Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
"Saya percaya Abang Johari ada alasan untuk berbuat demikian (menggugurkan calon wanita). Mungkin prestasi sepanjang berkhidmat lima tahun tidak memuaskan. Perlu diingat seperti yang saya maklumkan tadi bahawa semua keputusan terletak pada ketua parti," katanya.
Pada PRN 11, terdapat empat calon wanita GPS menyertai DUN Sarawak iaitu, ADUN Dalat, Datuk Seri Fatimah Abdullah; Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (ADUN Samariang); Datuk Rosey Yunus (ADUN Bekenu) dan Semoi Peri (ADUN Lingga).
Selain Puan Sri Jamilah Anu (ADUN Tanjung Datu) selepas Pilihan Raya Kecil diadakan pada 2017.
Manakala dua calon daripada DAP iaitu ADUN Pending, Violet Yong Wui Wui dan ADUN Bukit Aseek, Irene Mary Chang Oi Ling.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#calon wanita
#Calon berwibawa
#Sarawak Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan