awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Lapan kerusi Bidayuh harus dipertahan - Miro Simuh

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
18/11/2021
00:55 MYT
PRN Sarawak: Lapan kerusi Bidayuh harus dipertahan - Miro Simuh
Menurut Miro, isu hak milik tanah masyarakat Bidayuh sedang diatasi melalui kerja-kerja penyukatan tanah yang giat dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. - Gambar fail
BAU: Lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) majoriti Bidayuh harus dipertahankan di bawah Parti Gabungan Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 akan datang.
Selain itu, Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Miro Simuh berkata, lapan kerusi tersebut juga kekal di DUN sama kerana besar kemungkinan tiada persempadan semula untuk PRN Sarawak.
Lapan kerusi tersebut adalah Opar, Tasik Biru, Serembu, Mambong, Tarat, Tebedu, Kedup dan Bukit Semuja.
“Jadi, kita akan terus kekal dengan lapan kerusi yang ada. Dan, mahu tidak mahu, kita mesti memastikan lapan kerusi ini tetap bertahan dan menyokong kerajaan GPS.
"Sudah pasti saya melihat presiden (Tan Sri Abang Johari Openg) sendiri dan kepimpinan utama parti, baik daripada PBB ataupun GPS, mahu melihat masyarakat Bidayuh bersama kerajaan, dan mahu melihat masyarakat Bidayuh membangun bersama kerajaan, setanding dengan bangsa-bangsa lain," katanya kepada Astro AWANI, di sini baru-baru ini.
Jelas penyandang kerusi DUN Serembu itu, pembangunan kaum Bidayuh termasuk peluang pekerjaan masih perlu dipertingkatkan meskipun kaum itu
Isu hak milik tanah masyarakat Bidayuh juga, kata Miro, sedang diatasi melalui kerja-kerja penyukatan tanah yang giat dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri.
"Kita juga telah memohon kepada Kerajaan Negeri peruntukan tertentu untuk menyukat tanah ini, sebab kita tahu siapa tuan tanah dan berapa luas tanah dia.
"Cuma ketika ini, (tunggu) bila pasukan-pasukan pemantauan daripada Jabatan Tanah dan Ukur untuk masuk dan ukur (tanah), itu sahaja.
"Sesungguhnya, projek ini mengambil masa untuk dilaksanakan dan ia dilaksanakan secara berterusan setiap tahun," ujarnya lagi.
Terdahulu, veteran politik Bidayuh Datuk Peter Minos berkata, lapan kerusi DUN majoriti Bidayuh dijangka menyaksikan pertembungan pelbagai penjuru PRN Sarawak.
Pada PRN ke-11, kesemua lapan kerusi majoriti Bidayuh dimenangi calon Barisan Nasional (BN).
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#hak milik tanah
#Bidayuh
#Miro Simuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan