awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
1,189 kematian akibat banjir Sumatera direkodkan setakat 12 Januari - BPNB
Negeri Sembilan mampu tingkat pelaburan cecah RM8 bilion tahun ini - Aminuddin
MAG akan kendali lebih 2,400 penerbangan sempena perayaan Tahun Baharu Cina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Laungan "Hidup Abang Jo, Hidup GPS" sambut ketibaan Abang Johari

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
06/12/2021
01:34 MYT
PRN Sarawak: Laungan "Hidup Abang Jo, Hidup GPS" sambut ketibaan Abang Johari
Ketua Menteri Sarawak itu, yang akan bertanding di kerusi baharu, iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) N.26 Gedong. - Astro AWANI
GEDONG: Pengerusi Parti Gabungan Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba di Pusat Penamaan Calon (PPC) di Dewan Masyarakat Gedong, di sini kira-kira 8.50 pagi.
Ketua Menteri Sarawak itu, yang akan bertanding di kerusi baharu, iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) N.26 Gedong diiriingi pencadang, Datuk Naroden Majais dan penyokong, Mohd Najib Arbi.
Naroden adalah bekas ADUN Gedong sejak 1991, dan telah memberi laluan kepada Abang Johari untuk bertanding di kerusi tersebut.
Abang Johari merupakan penyandang kerusi DUN Satok dan telah mewakili kerusi tersebut sejak sembilan penggal lalu.
Terdahulu, ketibaan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu disambut meriah oleh para penyokong yang berada di sekitar kawasan tersebut, dengan laungan “Hidup Abang Jo, Hidup GPS”.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan hanya calon, pencadang dan penyokong calon dibenarkan masuk ke PPC bagi mengemukakan kertas pencalonan calon.
Sementara, penyokong parti politik yang diwakili bakal calon tidak dibenarkan masuk, begitu juga sebarang aktiviti berkumpul dan perarakan penyokong calon bertanding tidak dibenarkan di mana-mana tempat sepanjang hari penamaan calon.
Dalam perkembangan sama, calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Tomson Ango turut dilihat tiba di PPC pada 8.29 pagi.
Ia diikuti calon Parti Amanah Negara (Amanah), Kamal Bujang pada pukul 8.40 pagi.
Seorang lagi calon yang berada di PPC Dewan Masyarakat Gedong ialah Mohamad Sofian Fariz Sharbin dari Parti Sarawak Bersatu (PSB).
Pegawai Pengurus Pilihan Raya N.26 Gedong, Abdul Khalid Manap dijangka mengumumkan senarai calon penuh pada pukul 11 pagi.
Terdahulu, sebanyak 82 PPC dibuka mulai 9 pagi hingga 10 pagi.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#Abang Johari Tun Openg
#Gedong
#GPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan