awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: "Pembangkang hanya tahu berjanji, saya alu-alukan kehadiran mereka" - Liwan Lagang

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
26/11/2021
15:26 MYT
PRN Sarawak: "Pembangkang hanya tahu berjanji, saya alu-alukan kehadiran mereka" - Liwan Lagang
Liwan berkata rakyat bijak menilai berdasarkan prestasi cemerlang Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah pentadbiran Tan Sri Abang Johari Tun Openg. - Gambar/ Astro AWANI
BELAGA: “Lebih ramai bertanding di DUN Belaga, lebih meriah, saya alu-alukan”.
Demikian kata penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Belaga, Datuk Liwan Lagang ketika ditanya kemungkinan berhadapan saingan lebih daripada satu lawan satu untuk merebut kerusi DUN Belaga pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.
Ini kerana katanya, walaupun belum ada keputusan sama ada dicalonkan semula atau tidak, beliau optimis rakyat bijak menilai berdasarkan prestasi cemerlang Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah pentadbiran Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
“Untuk ketika ini, (terdapat) ura-ura mengatakan ada beberapa parti yang berminat untuk merampas kerusi DUN Belaga.
“Ada Parti Sarawak Bersatu (PSB), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan calon Bebas.
“Mungkin sekiranya saya dicalonkan semula, saya akan berhadapan dengan saingan lima penjuru. Tetapi saya mengalu-alukan saingan ini jika benar saya tercalon semula,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di Belaga pada Jumaat.
Tambahnya, terdapat juga individu daripada parti pembangkang yang suatu ketika dahulu berada di barisan kepimpinan kerajaan GPS namun kini menubuhkan parti baharu atas sebab tertentu.
Tanpa menyebut sebarang nama, Liwan berkata individu tersebut juga hanya tahu menabur janji dan tiada kejayaan signifikan yang berjaya dibuktikannya.
“Sekiranya dia berjanji untuk membawa perubahan sekiranya diberi mandat, kita lihat semula apa yang telah dilakukan selama bersama dengan kita?.
“Kalau dahulunya dia tidak menunjukkan prestasi yang baik, apa yang boleh rakyat harapkan daripada mereka?.
“Saya yakin rakyat cukup bijak untuk menilai dan biar mereka tentukan, pastinya yang terbaik akan menang,” ujarnya lagi.
Liwan daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) merupakan penyandang kerusi DUN Belaga sejak 2006.
Pada PRN11, beliau yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai ADUN Belaga untuk tiga penggal berturut-turut dengan memperoleh 4,149 undi.
Liwan menang dengan majoriti 3,686 undi menewaskan calon PKR, Alexander Lehan.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#DUN Belaga
#Liwan Lagang
#PRS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan