awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dokumentari "Itui suli-suli Bajau!" angkat kisah komuniti Bajau Laut Sabah
Pulau Pinang akan laksana projek perintis sangkar bulat marin berteknologi HDPE
Pendekatan wajib SPM sebelum UEC kukuhkan daya saing pelajar sekolah Cina Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Peratusan keluar mengundi dijangka rendah - Penganalisis

Astro Awani
Astro Awani
22/10/2021
20:20 MYT
PRN Sarawak: Peratusan keluar mengundi dijangka rendah - Penganalisis
Ketika ini desas-desus berkenaan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak semakin hangat diperkatakan. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Peratusan keluar mengundi dijangka menurun sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak diadakan dalam masa terdekat.
Pensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Ammar Redza Ahmad Rizal berpendapat peratusan keluar mengundi mungkin tidak jauh beza dengan PRN sebelum ini.
Ammar Redza menjelaskan peratusan keluar mengundi boleh berubah bergantung kepada peranan pihak berkuasa, parti-parti dan pemain-pemain politik memberi keyakinan kepada pengundi.
Antara yang boleh dilakukan bagi memastikan peratusan keluar mengundi meningkat adalah memanjangkan hari pengundian.
"Pertamanya adalah perlukan satu perician SOP yang jelas sebab Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai kuasa di bawah Akta Pilihan Raya untuk menentukan bagaimana laluan pilihan raya dilakukan.
"Kita boleh tambah jumlah pusat daerah mengundi supaya saluran-saluran mengundi ditingkatkan dan ini memberi ruang SOP seperti penjarakkan sosial boleh dilakukan.
"Selain itu juga boleh memanjangkan tempoh pilihan raya dari satu hari kepada dua atau tiga hari, jadi apabila ini berlaku ini memberi ruang kepada masyarakat untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dan pada masa yang sama ia tidak lagi mendatangkan kegusaran," katanya kepada Astro AWANI.
Ketika ini desas-desus berkenaan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak semakin hangat diperkatakan.
Spekulasi dihangatkan lagi dengan kunjungan beberapa menteri persekutuan ke negeri itu termasuk lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Sabtu.
Ogos lalu, Al-Sultan Abdullah mengisytiharkan proklamasi darurat di seluruh Sarawak sehingga 2 Februari tahun depan sekali gus menggantung PRN12 daripada diadakan dalam tempoh berkenaan.
Topic Berkaitan
#pilihan raya Sarawak
#PRN
#Sarawak
#Dr Ammar Redza Ahmad Rizal
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan