awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India kukuhkan hubungan dua hala dengan pemeteraian 11 dokumen kerjasama utama
Peniaga bazar diingat ambil suntikan tifoid, jaga kebersihan
Rujuk pihak berautoriti untuk isu agama - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Politik pemulihan sandaran rakyat terus pilih GPS

Astro Awani
Astro Awani
22/11/2021
10:31 MYT
PRN Sarawak: Politik pemulihan sandaran rakyat terus pilih GPS
Senario pada ketika ini tidak seperti Pilihan Raya Umum Ke-14 dan PRN11 Sarawak sebaliknya ia adalah berkaitan dengan isu pemulihan pasca COVID-19. - Astro AWANI
KUCHING: Pengundi dan rakyat di Sarawak dilihat cenderung untuk memilih parti politik yang mengangkat masyarakat keluar daripada bebanan COVID-19 seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Pensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi UNIMAS, Dr Ammar Redza Ahmad Rizal berkata, hal ini terbukti apabila kerajaan GPS dipimpin Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebelum ini menyediakan empat teras utama kepada penduduk Bumi Kenyalang seperti peluang pekerjaan, perniagaan, bantuan dan kebajikan.
Tambah Ammar Redza, senario pada ketika ini tidak seperti Pilihan Raya Umum Ke-14 dan PRN11 Sarawak sebaliknya ia adalah berkaitan dengan isu pemulihan pasca COVID-19.
"Pada pandangan saya, empat isu-isu ini akan berkisar sepanjang Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak. Pemilihan rakyat akan mengambil kira empat isu ini memandangkan COVID-19 memberi kesan langsung kepada kehidupan mereka.
Agenda AWANI: PRN Sarawak I Politik pemulihan, KPI GPS
"Ada kumpulan yang berjaya memulihkan lekuk itu dalam konteks ini seperti memberi bantuan, menyediakan peluang pekerjaan... kemungkinan besar kumpulan parti politik ini akan dipilih rakyat," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Selain itu, mengulas mengenai calon muda pada PRN12 nanti, Ammar Redza berkata, GPS atau Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tidak ketandusan pemimpin pelapis.
Sebaliknya, kata beliau Abang Johari perlu mempunyai strategi untuk memberi kefahaman kepada calon-calon 'senior' jika ingin mencalonkan anak muda.
"Abang Johari perlu memberikan kefahaman kepada calon-calon lebih senior supaya memberikan ruang kepada anak-anak muda. Ini adalah cabarannya, supaya masing-masing berlapang dada dan sama-sama membantu parti menang," katanya.
Sepanjang pandemik COVID-19, Kerajaan Sarawak telah memberikan bantuan menerusi Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) bagi membantu rakyat negeri ini.
Topic Berkaitan
#Politik pemulihan COVID-19
#Bantuan kerajaan Sarawak
#kempen pilihan raya
#PRN Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan