awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Proses undi awal di Sibu berjalan lancar sesuai SOP COVID-19

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
14/12/2021
00:00 MYT
PRN Sarawak: Proses undi awal di Sibu berjalan lancar sesuai SOP COVID-19
Proses pengundian awal di DUN Nangka berjalan lancar sesuai dengan garis panduan COVID-19 yang dikuatkuasakan oleh SPR. -Astro AWANI
SIBU: Proses pengundian awal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka di Sibu berjalan lancar sesuai dengan garis panduan (SOP) COVID-19 yang dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Daripada lebih 135,000 pengundi biasa, DUN Nangka akan menyaksikan seramai 2,080 pengundi awal akan turun mengundi daripada kalangan anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Dewan Kem Rascom dan di Dewan Kem Oya.
Sementara lapan pusat pengundian di bawah Parlimen Lanang dan Sibu dibuka hanya di empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Pelawan, Dudong, Bawang Assan dan Nangka kecuali Bukit Assek.
Antaranya di Dewan Serbaguna Batalion 10 Jalan Upper Lanang, Dewan Badminton Balai Polis Sibujaya, Dewan Serbaguna Kem PLKN Junaco, Park, Kem PLKN Bumimas dan Ruang B2, Wisma Pengaman di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sibu.
Hanya 13 DUN tidak terbabit dalam proses pengundian awal antaranya DUN Demak Laut, Sadong Jaya, Krian, Semop, Jemoreng, Ngemah, Bukit Assek, Baleh, Murum, Kemena dan Pujut.
Sepanjang proses pengundian awal, pematuhan kepada Garis Panduan Pencegahan COVID-19 di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang berkuat kuasa seperti penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, sanitasi tangan, saringan suhu badan dan merekodkan kehadiran juga dilaksanakan.
Turut disediakan kaunter mengundi khas untuk menempatkan pengundi yang bergejala bagi membolehkan mereka mengundi selepas disahkan negatif ujian saringan COVID-19 dan melalui pemantauan selama 15 ke 30 minit mengikut tahap kesihatan.
Seramai 23,043 pengundi dijangka akan mengundi awal hari ini membabitkan 69 kawasan dan 84 pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.
Proses ini membabitkan 10,458 anggota dan pegawai polis serta pasangan manakala bakinya membabitkan anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#undi awal
#ATM
#Dun Nangka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan