awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guna air secara berhemah susulan musim kemarau, pengairan padi - PBAPP
Mahkota Permaisuri Eugenie remuk namun hampir utuh selepas rompakan di Louvre
Bomba Negeri Sembilan terima 219 panggilan kes pembakaran terbuka sepanjang Januari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Pusat penamaan calon hanya dibuka 1 jam - SPR

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
23/04/2016
09:24 MYT
PRN Sarawak: Pusat penamaan calon hanya dibuka 1 jam - SPR
Menurut SPR, tiada tempoh bantahan pencalonan dimana calon yang layak akan diumum sebaik pusat penamaan ditutup. - Foto Bernama
Proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 di semua pusat penamaan calon hanya akan dibuka selama satu jam iaitu bermula pukul 9 hingga 10 pagi pada Isnin.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, pada pilihanraya ini, tiada tempoh bantahan pencalonan dimana calon yang layak akan diumum sebaik pusat penamaan ditutup.
Tegasnya, hanya tiga orang, iaitu calon, pencadang dan penyokong sahaja dibenarkan memasuki pusat penamaan calon dan lain-lain penyokong hanya dibenarkan berkumpul 50 meter dari pusat penamaan.
"Tempoh berkempen secara rasmi akan bermula sebaik sahaja tempoh pencalonan ditutup pada 25 April hingga 12 tengah malam, 6 Mei.
"Kita juga berharap para penyokong lain untuk tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan SPR serta berkempen secara berhemah dan harmoni sepanjang tempoh berkempen," katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.
Hadir sama adalah Pengarah Pilihan Raya Negeri Sarawak, Datuk Takun Sunggah.
Dalam perkembangan berbeza, Hashim mengumumkan, sebanyak 971 borang pencalonan telah dijual sehingga 5 petang, 22 April.
443 borang dibeli di Ibupejabat SPR, 124 di Zon Kuching, 54 (Sri Aman), 178 (Sibu) dan 172 (Miri).
Selain itu, sejumlah 1,146 pas perakuan petugas media di keluarkan SPR.
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 menyaksikan 82 kerusi dipertandingkan.
Topic Berkaitan
#pilihan raya Sarawak
#PRN-11
#sarawak2016
#SPR
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan