awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: SPR terima 349 kertas pencalonan, 10 parti bertanding

Astro Awani
Astro Awani
06/12/2021
06:25 MYT
PRN Sarawak: SPR terima 349 kertas pencalonan, 10 parti bertanding
Penamaan calon sudah dijalankan di 82 pusat di seluruh Sarawak dan hanya dua borang ditolak melibatkan DUN Jemoreng dan Senadin. - Foto Bernama
KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sejumlah 349 kertas pencalonan bagi 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, ia melibatkan Gabungan Parti Sarawak (82 calon); Parti Bumi Kenyalang (73); Parti Sarawak Bersatu (70); Parti Keadilan Rakyat (28); DAP (26); ASPIRASI (15); Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (11); AMANAH (8); Parti Sedar (5); Pas (1) manakala 30 (Bebas).
Menurutnya, DUN Dudong mencatat rekod persaingan terbanyak iaitu lapan penjuru apabila tempoh penamaan calon tamat pukul 10 pagi tadi.
"Penamaan calon sudah dijalankan di 82 pusat penamaan calon di seluruh Sarawak dan hanya dua borang ditolak melibatkan DUN Jemoreng dan Senadin.
"Bagi calon DUN Jemoreng, sebab penolakan ialah penyokong calon menarik diri yang menyebabkan kertas penamaan calon tidak lengkap. Manakala bagi DUN Senadin melibatkan calon bebas, penyandang dan penyokong calon bukan pemilih berdaftar bagi DUN itu," katanya pada sidang media di Bangunan Sultan Iskandar, pada Isnin.
Abdul Ghani memberitahu, terdapat dua calon termuda masing-masing berusia 24 tahun di DUN Batu Lintang dan Nangka manakala calon tertua berusia 79 tahun dari DUN Bawang Assan.
SPR juga menjangkakan 70 peratus keluar mengundi dan keputusan rasmi boleh diumumkan sebelum jam 12 tengah malam pada 18 Disember ini.
Selain itu katanya, SPR menubuhkan 155 pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya bagi memantau semua aktiviti calon bertanding ketika berkempen.
"SOP Khas pencegahan COVID-19 PRN12 telah diluluskan Kementerian Kesihatan selaras Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan PPN 2021," katanya.
Topic Berkaitan
#SPR
#DUN Sarawak
#PRN Sarawak
#pencalonan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan