SIBU: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan di Sibu mungkin sudah jauh berbeza berbanding 40 tahun dahulu.
Kawasan yang terletak di Parlimen Sibu itu rancak dengan pembangunan infrastruktur - jalan raya, bekalan air bersih, elektrik dan juga jaringan internet.
Malah Jambatan Batang Igan dan pangkalan Feri kecil Sungai Maaw juga memudahkan penduduk di Bawang Assan turun ke Sibu.
Namun dengan peredaran zaman dan perubahan lanskap ekonomi yang semakin luas serta berpaksikan digitalisasi, penduduk di Bawang Assan tidak mahu ketinggalan selain dahagakan projek pembangunan sosio-ekonomi jangka panjang dilaksanakan di kawasan itu.
Antara perkara yang diutamakan dan dicadangkan penduduk untuk dipertimbangkan kerajaan negeri ialah untuk membangunkan sebuah kawasan perindustrian dilengkapi tapak niaga untuk usahawan tani, dan hub industri desa yang moden.
Kaunselor Majlis Perbandaran Sibu (SMC) Joseph Abet, 69 tahun berkata pusat perindustrian itu sangat penting kerana penduduk di Bawang Assan terutama golongan belia sudah didedahkan dan menguasai bidang-bidang digital dalam perniagaan mahupun perkhidmatan.
“Kerajaan sekarang ini perlu hadir dengan satu pelan strategik untun membangunan pusat perindustrian atau pekan yang boleh dioperasikan sepenuhnya oleh penduduk di Bawang Assan yang mana ia boleh membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam tempoh jangka panjang.
“Dalam masa yang sama, perkembangan ekonomi yang baik akan mendorong pemaju untuk melabur di Bawang Assan dengan membina kawasan perumahan dan perkilangan yang bersesuaian,” katanya.
Selain itu, pesara guru, Mathew German Janda, 82 tahun, berkata dari sudut pendidikan anak-anak di Bawang Assan perlu didedahkan dengan program-program pendidikan alaf baharu melalui pembinaan pusat pembelajaran dan pengajaran digital di kawasan berkenaan.
“Sekarang anak-anak kita lebih maju berbanding pulihan tahun lalu, merek sudah merasai kemudahan yang moden dalam pendidikan disokong dengan infrstruktur asas yang lengkap memudahkan urusan menimba ilmu.
“Justeru perlu ada sebuah pusat digital yang membolehkan anak-anak di rumah panjang, di kampung-kampung berhimpun untuk menjana kemahiran serta ilmu moden mereka dengan lebih kondusif,” katanya.
Sementara, seorang pengusaha kraf tangan Sophia Nanang, 56 tahun, antara komuniti wanita di rumah panjang berkenaan yang menghasilkan dan menjual sulaman tangan secara dalam talian.
Menurut Sophia, walaupun kemudahan intenet Sarawak Rural Broadband Network (MySRBN) disediakan kerajaan negeri, mereka berharap akan ada sebuah pusat kraf tangan dibina untuk golongan wanita di Bawang Assan menjual, memproses serta memasarkan hasil kraf tangan mereka.
“Seperti kebiasaannya kami akan menghasilkan kraftangan ini di rumah panjang ini sahaja dan berkumpul antara kami untuk berbincang bagimana hendak membuat, menjual malah memasarkan produk ini sehingga ke pasaran luar dari Sibu.
“Dengan maklum balas dan penyertaan yang agak memberangsangkan daripada golongan wanita di sini, kami berharap dan percaya semangat untuk menjana pendapatan melalui industri desa ini akan lebih baik jika ada sebuah tempat untuk kami jadikan pusat kraf tangan,” katanya.
DUN Bawang Assan telah diwujudkan pada tahun 1987 dan kali pertama dipertandingkan pada tahun 1991 yang kemudian dipimpin Datuk Seri Wong Soon Koh sejak beliau memenangi Pilihan Raya Negeri selama enam penggal.
Sehingga hari ini, kawasan di bawah Parlimen Sibu itu dihuni sekitar 19,000 penduduk dengan lebih 29 peratus daripadanya adalah mereka yang berusia 21 hingga 39 tahun.
Nuzuluddin Abdul Razak
Sun Dec 12 2021
Para penduduk di DUN Bawang Assan mengharapkan kerajaan negeri membangunan sebuah kawasan pusat perindustrian dilengkapi tapak niaga. - Astro AWANI
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Saya tidak akan lupakan Satok - Abang Jo
Beliau berkata, di bawah kerajaan negeri, pelan pembangunan di semua kawasan akan dilaksanakan secara konsisten khasnya di kawasan luar bandar.
Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar
Rakyat Sarawak membuat pilihan bijak kerana GPS membela nasib serta masa depan rakyat Sarawak.
Dr Sim tamatkan spekulasi, dilantik timbalan ketua menteri
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menamatkan spekulasi apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri Sarawak dalam barisan kabinet negeri
Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN
Kes harian COVID-19 di Sarawak yang kini mencatatkan dua angka membolehkan negeri itu memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis
Keputusan PRN Sarawak ke-12 membuktikan kecenderungan parti berkepentingan kerajaan terus diperakui oleh masyarakat pengundi.
Pilihan senyap rakyat Sarawak kukuhkan GPS
Sarawak memilih dengan senyap bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS); di sebalik harum segarnya, telah terbenam ke dalam sanubari setiap warganya.
'Tidak perlu terburu-buru bentuk kabinet negeri' - Abang Johari
Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pihaknya tidak terburu-buru dalam membentuk barisan kabinet negeri.
PRN Sarawak: DUN Mulu dimenangi Gerawat, GPS kuasai 76 kerusi
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Gerawat Gala menang di kerusi DUN Mulu selepas meraih 3,731 undi
PRN Sarawak: Kemenangan GPS, petanda rakyat mahu kerajaan yang kukuh - Penganalisis
Kelebihan dari segi manifesto memberi keyakinan kepada rakyat tentang kemampuan GPS membina sebuah kerajaan negeri yang kukuh.
PRN Sarawak: DAP akan nilai, buat 'post-mortem' kekalahan
Chong berkata, DAP akan teruskan perjuangan politiknya ke arah menjadikan Sarawak dan rakyatnya lebih baik secara keseluruhan.