awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Selangor: Tengku Zafrul tidak tercalon, Khairy dakwa wujud permainan kuasa

Fareez Azman
Fareez Azman
23/07/2023
11:06 MYT
PRN Selangor: Tengku Zafrul tidak tercalon, Khairy dakwa wujud permainan kuasa
Khairy berkata, ketiadaan nama Tengku Zafrul menjawab teka-teki selama ini mengenai kedudukan Menteri MITI itu dalam arena politik di Selangor. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketiadaan nama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor didakwa berpunca daripada permainan kuasa dalam UMNO.
Dakwa Khairy Jamaludin dalam podcast Keluar Sekejap yang dimuat naik pada Ahad, ketiadaan nama Tengku Zafrul menjawab teka-teki selama ini mengenai kedudukan Menteri MITI itu dalam arena politik di Selangor.
"Saya nampak kenyataan dia tepat, dia nak tolong calon UMNO dan Barisan Nasional (BN). Tapi apa saya dengar sebalik tabir adalah permainan kuasa telah berlaku.
"Saya difahamkan beliau tidak terlibat, tidak dilibatkan langsung dan hanya tahu bila benda itu (nama calon) diumumkan. (Beliau) Bendahari UMNO Selangor dan dia Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, ini maklumat saya dengar," jelasnya.
Dakwa Khairy lagi, DAP telah mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua untuk memberi laluan kepada Tengku Zafrul, namun berlaku sebaliknya.
"Saya difahamkan DAP telah mengosongkan satu kerusi mereka DUN Dusun Tua. DAP telah kosongkan kerusi tersebut dan nak serah kerusi tersebut kepada BN, dengan syarat Dusun Tua diberikan kepada UMNO sebab nak bagi laluan kepada Tengku Zafrul.
"Tapi selekoh terakhir Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat telah cilok masuk kerusi tersebut. Ini permainan kuasa sedang berlaku di UMNO Selangor, kita tengok pengumuman calon-calon dari parti lain," katanya lagi.
Terdahulu dalam pengumuman calon Barisan Nasional (BN) pada 21 Julai lalu, nama Tengku Zafrul tidak tersenarai sebagai calon PRN Selangor.
Bagaimanapun, Tengku Zafrul ketika ditemui media akur dan menyerahkan kebijaksanaan pucuk pimpinan parti itu untuk menentukan strategi terbaik memenangi pilihan raya.
Topic Berkaitan
#PRN Selangor
#Tengku Zafrul
#Khairy Jamaluddin
#permainan kuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan