BAYAN LEPAS: Semua ahli parti perlu akur dan menerima keputusan yang akan diputuskan oleh Majlis Presiden berhubung pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) membabitkan enam negeri tidak lama lagi.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Majlis Presiden dijangka akan memuktamadkan pembahagian kerusi di antara Pakatan Harapan (PH) dan BN minggu ini.
Justeru katanya, semua pihak perlu menerima keputusan yang dibuat seterusnya melakukan gerak kerja bagi memastikan kemenangan gabungan itu.
"Kita sudah pun bertemu di peringkat Majlis Presiden, terpulang kepada keputusannya (pembahagian kerusi) dalam masa dua, tiga hari lagi kita akan dapat tahu, dia (keputusan) itu adalah kata putus.
"Apabila Majlis Presiden sudah putuskan saya harap semua pihak di peringkat negeri akur dengan keputusan yang dibuat, kalau tidak tak ada kesudahannya dan nanti kalau tak akur dan tak memperakukannya nanti akan ada perasaan tak puas hati, kita tak dapat mengurus pilihan raya dengan baik. Yang penting kita nak menang," katanya.
Mohamad berkata demikian selepas perjumpaan bersama Ketua Bahagian, Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Pulau Pinang di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada Isnin.
Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata setakat ini beliau berpuas hati dengan persiapan jentera pilihan raya UMNO-BN dan berharap semua jentera akan terus menggembleng tenaga sejurus kempen PRN bermula kelak.
"Kita blok PH-BN memang kita telah pun di peringkat Pusat telah ada kita punya jentera, peringkat negeri telah diarahkan untuk kita adakan penyelarasan gerak kerja jentera pilihan raya negeri dan gerak kerja akan dilancarkan tidak lama lagi dan dari situ nanti kita akan turun ke bawah tetapi walaupun belum dilancarkan gerak kerja penyelarasan pilihan raya PH-BN memang telah ada dan bermula," katanya lagi.
Sementara itu, Mohamad Hasan yang juga Menteri Pertahanan berkata, dengan mengatur gerak kerja yang baik bagi menghadapi PRN kali ini, beliau yakin PH dan BN akan mampu menangkis apa jua cabaran dan gelombang yang bakal diwujudkan pihak lawan.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Jul 03 2023

Mohamad (tengah) sewaktu perjumpaan bersama Ketua Bahagian, Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Pulau Pinang di Bayan Lepas, pada Isnin. - Foto Astro AWANI
Catat jualan RM154 bilion pada Mac 2025
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata pertumbuhan itu didorong oleh subsektor dalam perdagangan runcit dan borong.
Pembinaan pesawat rondaan maritim TUDM capai 60 peratus
Pembinaan dua buah pesawat rondaan maritim atau maritime patrol aircraft (MPA) model p-72m untuk Tentera Udara Diraja Malaysia kini telah mencapai kemajuan lebih 60 peratus.
Perubahan tarif AS-China beri kesan pengeluar sarung tangan
Sebarang perubahan dalam struktur tarif antara Amerika Syarikat dan China dijangka memberi kesan langsung kepada pengeluar sarung tangan di Malaysia.
Apple pertimbang naikkan harga iPhone baharu
Apple sedang mempertimbangkan menaikkan harga produk iPhone baharu sejajar dengan penambahan ciri-ciri baharu dan perubahan reka bentuk.
Mexico bantah penggantungan import lembu oleh A.S.
Mexico menyatakan bantahan terhadap keputusan Amerika Syarikat untuk menggantung import haiwan ternakan berikutan kebimbangan terhadap kehadiran cacing skru.
Pelan Kemajuan Halal 2030 bakal dilancarkan tahun ini
Pelan Kemajuan Halal Negeri Johor 2030 sedang diperhalusi dan akan dilancarkan tahun ini, bagi memperkasakan ekosistem halal negeri secara menyeluruh.
Keputusan subsidi RON95 akan ambil kira ekonomi semasa
Kerajaan akan mengambil kira keadaan ekonomi semasa dalam membuat sebarang keputusan mengenai pelaksanaan penyasaran semula subsidi petrol RON95.
UMS wujudkan Grid Centre pertama di Kepulauan Borneo
Universiti Malaysia Sabah (UMS) wujudkan pusat data infrastruktur hijau tahan lasak atau grid center yang pertama di kepulauan Borneo.

Nahas FRU: Kerosakan lori tidak patut berlaku jika ujian Puspakom dipatuhi - Ahmad Zahid
Perkara itu tidak akan berlaku jika kenderaan tersebut menjalani pemeriksaan secara berkala.
Perkembangan nahas trak FRU
Khalis Khadir bawakan perkembangan terkini nahas yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Perskeutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak.

Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.

Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.

Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.

Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.

Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.

Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.

PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.