KUALA LUMPUR:Bekas Penyelaras Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini mengemukakan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Malaysia berhubung Proklamasi Darurat.
Beliau berkata, tindakan saman pemula itu dibuat mengambil kira kedudukan seorang Perdana Menteri yang tiada keabsahan boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mendapat perkenan pengisytiharan darurat.
Tegasnya, perkara itu tidak wajar sama sekali lebih-lebih lagi apabila Perdana Menteri telah hilang sokongan majoriti ahli Parlimen.
Bagaimanapun, jelas beliau, saman berkenaan tiada kena-mengena dengan Yang di-Pertuan Agong, kerana sebagai rakyat Malaysia beliau senantiasa menjunjung tinggi Raja-Raja Melayu dan berpaut erat pada prinsip ‘raja dan rakyat berpisah tiada’.
"Saya telah mengarahkan peguam saya Muhammad Rafique dari Tetuan Law Practice of Rafique untuk memfailkan ‘saman pemula’ adalah berteraskan kepada prinsip memegang erat kepada kedaulatan undang-undang.
"Niat utama saya dalam memfailkan ‘saman pemula’ ini adalah untuk meminta pandangan daripada badan kehakiman mengenai kedudukan seorang Perdana Menteri yang telah hilang sokongan majoriti sama ada mempunyai ‘locus standi’ untuk menasihati Baginda bagi Proklamasi Darurat di negara kita," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Dalam pada itu, Khairuddin berkata, tindakan pengisytiharan darurat bercanggah dan bertentangan dengan sistem politik yang berteraskan kepada amalan demokrasi.
"Tindakan melulu Muhyiddin bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan harus dicabar serta diserahkan kepada pihak mahkamah untuk membuat keputusan mengenainya.
"Kita harus elakkan ‘bad precedent’ seperti ini daripada diamalkan dalam sistem politik yang berdasarkan kepada amalan demokrasi tulen.
"Secara sejujurnya, saya sama sekali tidak mempertikaikan sebarang bentuk kuasa yang ada pada Yang di-Pertuan Agong seperti mana termaktub dalam Perlembagaan negara kita.
"Pertikaian dan persoalan saya adalah mengenai seorang Perdana Menteri yang tidak lagi mempunyai sokongan majoriti dari ahli-ahli Dewan Rakyat yang telah ‘salah nasihat’ Baginda," katanya.
Mengulas lanjut, beliau menambah, perbuatan berkenaan juga jelas bercanggah dan tidak menghormati keluhuran undang-undang secara sah.
"Sehubungan itu, kita harus serahkan kepada bidang kehakiman yang bijaksana untuk membuat keputusan secara sahih.
"Jangan sama sekali kita biarkan undang-undang negara dipersendakan oleh ahli-ahli politik yang tidak berprinsip serta tidak bermoral," tegasnya lagi.
Fauzi Suhaimi
Mon Jan 18 2021

Khairuddin berkata, pengisytiharan itu tidak wajar sama sekali lebih-lebih lagi apabila Perdana Menteri hilang sokongan majoriti ahli Parlimen. - Gambar fail

Kerajaan perlu berani adakan sidang Parlimen
Muhammad Fathi tidak menolak kemungkinan berlaku pergolakan politik jika sidang Parlimen dilaksanakan, namun percaya ia memberi ruang kepada proses demokrasi di negara ini.

NCIA bantu pekerja Silverstone yang akan diberhentikan
Program di bawah modal insan adalah untuk membantu pekerja berkenaan mendapat peluang pekerjaan dan nafas baharu dalam kehidupan mereka.

Polis Ipoh minta bantuan orang ramai kesan remaja perempuan hilang
Remaja berkenaan dikenali sebagai Nurain Sarudin yang beralamat di Flat Buntong Harmoni.

Ketegangan perdagangan AS-China, COVID-19 tingkatkan eksport Malaysia - UOB
Cabaran masih wujud dalam memperkukuhkan hubungan pelaburan dan perdagangan Malaysia, melangkah ke hadapan.

Sabah benarkan kapal NCS masuki perairan ESSZONE untuk aktiviti ekonomi
Kerajaan negeri Sabah membenarkan kapal bukan konvensional (NCS) atau kumpit dari Indonesia dan Filipina memasuki perairan ESSZONE.

Peningkatan kes pembakaran terbuka punca kualiti udara tidak sihat - Tuan Ibrahim
Punca kualiti udara tidak sihat di beberapa kawasan dalam negara disebabkan oleh peningkatan kes pembakaran terbuka.

Kumpulan pertama vaksin AstraZeneca dijangka tiba pada suku kedua tahun ini
Presiden AstraZeneca bagi Malaysia Dr Sanjeev Panchal berkata syarikat itu akan terus memenuhi komitmennya dalam menyediakan akses yang meluas dan saksama tanpa keuntungan.

PM Thailand gesa pihak berkuasa kaji sijil atau passport vaksin untuk pelancong
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha pada Selasa mengarahkan pihak berkuasa berkaitan mengkaji sijil vaksin COVID-19.

HSBC Global Research jangka BNM kekalkan OPR tahun ini
HSBC minta bank pusat membuat satu lagi pengurangan 25 mata asas yang terakhir ke atas OPR pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari 4 Mac.

COVID-19: Kes positif global lebih 114.6 juta, korban 2.54 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 114.69 juta kes.

'Putus hubungan dengan Bersatu sebelum Parlimen bersidang' - Ku Li
Majlis Tertinggi UMNO perlu mengadakan mesyuarat tergempar bagi memutuskan pendirian mereka sama ada ingin meneruskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beri peluang Muhyiddin tadbir negara tanpa tekanan politik - PAMJ
Rakyat perlu memberi ruang dan peluang kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mentadbir negara, tanpa tekanan politik.

Kajian IDE: Majoriti responden pilih letak jawatan, bubar Parlimen
Berdasarkan kajian yang dibuat 31 peratus orang Melayu mahu parlimen dibubarkan, manakala 21 peratus kaum Cina membuat keputusan yang sama dan 32 peratus kaum India juga memberikan jawapan yang sama.

Permohonan i-Sinar sebelum 25 Februari terima bayaran mulai hari ini - KWSP
KWSP dalam satu kenyataan, meminta pemohon bersabar kerana proses meluluskan permohonan itu sedang berjalan.

Syarikat pengeluar kertas, ND Paper tambah pelaburan RM5.4 bilion di Malaysia
Pelaburan ini akan menjana 2,180 peluang pekerjaan dengan hampir 90 peratus adalah rakyat tempatan - PM

10 berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
10 berita tempatan yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 1 Mac 2021.

Muhyiddin sebagai 'puppet' Tun M? Teori ini tidak benar - Marzuki
Pendirian Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kes-kes mahkamah yang melibatkan pihak-pihak tertentu, pendirian beliau adalah jelas.

PN, BN 'berpecah', peluang cerah buat PH kembali ke Putrajaya - Guan Eng
Setiausaha Agung DAP itu yakin rakyat mula sedar sumbangan Pakatan Harapan semasa mentadbir negara.

Larry Sng buat keputusan tepat sokong Muhyiddin. - Naib Presiden PBB
Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyifatkan tindakan Larry Sng menyokong kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai satu keputusan tepat

Kepimpinan Muhyiddin sepatutnya diteladani orang bawahan - Penganalisis politik
Sepatutnya corak kepimpinan Tan Sri Muhyiddin menjadi ikutan orang-orang di bawahnya, membantu mengekalkan standard kerajaan PN.