POLITICS
PRU14: SPR sasar 85% keluar mengundi

SPR letak sasaran 85 peratus akan keluar mengundi di PRU14 - Gambar fail
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mensasarkan sejumlah 85 peratus pengundi berdaftar bakal keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan datang.
Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berharap semua pihak memberi sokongan terutama dalam mendepani ancaman kelompok tertentu yang mahu memprotes dengan tidak keluar mengundi.
Jika disorot sejarah proses demokrasi sejak 1959 di Malaysia, PRU13 yang lalu mencatatkan peratusan keluar mengundi yang paling tinggi iaitu sebanyak 84 peratus pengundi menunaikan tanggungjawab memilih.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami