awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU14: Wakil rakyat BN Perak beri laluan kepada calon muda

Astro Awani
Astro Awani
26/02/2017
06:35 MYT
PRU14: Wakil rakyat BN Perak beri laluan kepada calon muda
ZAMBRY: Beri laluan kepada generasi muda.
Beberapa ahli wakil rakyat daripada Barisan Nasional (BN) di Perak telah memberi indikasi awal untuk menarik diri daripada mempertahankan kerusi mereka menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, tindakan wakil-wakil rakyat itu bertujuan untuk memberi peluang kepada muka-muka baharu khususnya golongan muda daripada BN untuk menerajui negeri itu sebagai wakil rakyat.
"Ada yang telahpun menyuarakan kepada saya (hasrat untuk tidak bertanding pada PRU depan), inilah tradisi UMNO, BN kita tidak bergaduh.
"Sesetengah daripada mereka itu memberitahu berbuat demikian untuk memberi jalan dan peluang kepada generasi muda," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Himpunan Pemimpin Muda Negeri Perak dan Pemuda UMNO Perak di Ipoh pada Ahad.
Beliau turut memberitahu, BN Perak akan melaksanakan proses peremajaan parti pada PRU14 dengan menampilkan calon-calon berkaliber daripada golongan muda termasuk wanita.
"Kita amat positif menghadapi PRU depan dan segala persiapan telah pun kita mulakan lebih awal.
"BN perlu yakin secara keseluruhannya kerana kita tidak boleh melangkah ke dalam medan perang tanpa rasa yakin dengan parti sendiri," ujar beliau.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#berita politik
#BN
#BN Perak
#calon muda
#PRU14
#wakil rakyat
#Zambry Abd Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan