awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Adakah PRU ini yang terakhir buat Anwar Ibrahim? Ini jawapan beliau

Israr Khalid
Israr Khalid
16/11/2022
22:00 MYT
PRU15: Adakah PRU ini yang terakhir buat Anwar Ibrahim? Ini jawapan beliau
ANWAR: Usaha akan tetap digerakkannya sebaiknya sehingga sampai waktunya nanti untuk disambung generasi penerus. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau akan terus memainkan peranan kecilnya dalam mencetus perubahan dan reformasi.
Usaha itu akan tetap digerakkannya sebaiknya sehingga sampai waktunya nanti untuk disambung generasi penerus.
“Soal 'do or die' ini hanya kenyataan-kenyataan gimik politik yang bagi saya tak bermakna.
“Kita ada peranan, kita teruskan, sampai waktunya generasi penerus harus punyai idealisme untuk mempertahankan prinsip (yang telah dimulakan dan digerakkan),” katanya dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menjadi penyertaan kelapan Anwar dalam pertandingan demokrasi tanah air, bermula dengan PRU6 pada 1982 apabila beliau memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.
Selepas dibebaskan dari penjara pada 2018, beliau bertanding di Port Dickson setelah kerusi Parlimen itu dikosongkan oleh Danyal Balagopal Abdullah yang memenanginya atas tiket PKR dalam PRU14.
Kali ini, beliau beralih ke Tambun untuk merampas kerusi itu yang dipegang Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
PRU15 | Adakah PRU ini yang terakhir buat Anwar Ibrahim? Ini jawapan beliau
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#PRU15
#Malaysia Memilih
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan