awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Amanah yakin menang lebih 11 kerusi Parlimen - Mat Sabu

Bernama
Bernama
17/11/2022
16:38 MYT
PRU15: Amanah yakin menang lebih 11 kerusi Parlimen - Mat Sabu
Presiden Amanah Mohamad Sabu, berkata keyakinan itu bertambah selepas sekumpulan 70 profesor Melayu dikenali sebagai G70 memberi sokongan kepada Pakatan Harapan (PH). - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) yakin menang lebih 11 kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu ini.
Presidennya, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata keyakinan itu bertambah selepas sekumpulan 70 profesor Melayu dikenali sebagai G70 memberi sokongan kepada Pakatan Harapan (PH).
"Di Selangor kita akan menang semua (enam kerusi), saya yakin Amanah boleh menang banyak (keseluruhan), insya-Allah, lebih daripada 11 kerusi," katanya kepada Bernama selepas program Jelajah HARAPAN Selangor di Taman Sri Muda, di sini, malam ini.
Amanah meletakkan calon untuk bertanding di 54 kerusi Parlimen di seluruh negara dalam pilihan raya umum kali ini.
Mohamad berdepan persaingan lapan penjuru dalam usahanya mempertahankan kerusi Parlimen Kota Raja pada PRU15.
Beliau ditentang calon Barisan Nasional, D. Kajendran, Mohamed Diah Baharun (Perikatan Nasional), Sarah Afiqah Zainol Arif (Parti Rakyat Malaysia), Fahmi Bazlan Muda (Pejuang) dan tiga calon Bebas, P. Raveetharan, S. Surendhar serta K. Kumar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Parti Amanah Negara
#PRU15
#Mat Sabu
#kerusi Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan