awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Anwar menang besar di Tambun

Sinar Harian
Sinar Harian
19/11/2022
18:02 MYT
PRU15: Anwar menang besar di Tambun
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menewaskan pencabar utama, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga Timbalan Presiden Bersatu. - Bernama
IPOH: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menang besar di Parlimen Tambun dengan memperoleh 49,625 undi dan majoriti sebanyak 3,736 undi.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menewaskan pencabar utama, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Ahmad Faizal selaku penyandang kerusi memperolehi 45,889 undi sementara calon BN, Datuk Aminuddin Md Hanafiah mendapat undian sebanyak 28,140 dan calon Pejuang, Abdul Rahim Tahir sebanyak 1,115 undi.
Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Tambun, Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah, Tanjung Rambutan di sini.
Kemenangan itu bakal mengesahkan Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 sekiranya Pakatan Harapan (PH) berjaya memperolehi majoriti bagi membentuk kerajaan baharu.
KEPUTUSAN TERKINI PRU15
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRU15
#Tambun
#Anwar Ibrahim
#Ahmad Faizal Azumu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan