awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Anwar selesai mengundi di Permatang Pauh

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
19/11/2022
02:08 MYT
PRU15: Anwar selesai mengundi di Permatang Pauh
Anwar menunjukkan dakwat kekal selepas mengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti hari ini. -- fotoBERNAMA
PERMATANG PAUH: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengundi di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Penanti, Permatang Pauh di sini, kira-kira pukul 9.10 pagi.
Beliau yang tiba di pusat pengundian itu pada pukul 8.59 pagi adalah antara individu terawal yang menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
Sejurus menunaikan tanggungjawab, Anwar yang juga calon Parlimen Tambun mengambil peluang beramah mesra dengan pengundi.
Kerusi Parlimen Permatang Pauh menyaksikan pertembungan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.
Penyandang kerusi berkenaan, Nurul Izzah Anwar (Pakatan Harapan) akan berdepan dengan pesaingnya, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said (BN), Muhammad Fawwaz Mat Jan (Perikatan Nasional) dan Mohamad Nasir Othman (GTA-Pejuang).
Nurul Izzah sebelum ini mengekalkan penguasaan PKR di Parlimen Permatang Pauh sejak 1998 apabila memenangi PRU14 dengan majoriti 15,668 undi.
Beliau memperolehi 35,534 undi mengalahkan calon BN Datuk Mohd Zaidi Mohd Said yang memperolehi 19,866 undi dan Afnan Hamimi Taib Azamudden dari Pas (14,428 undi).
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Permatang Pauh
#PRU15
#calon Parlimen Tambun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan