awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Awie bantu kempen calon Bebas Cap Pokok di Parlimen Balik Pulau

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
13/11/2022
11:33 MYT
PRU15: Awie bantu kempen calon Bebas Cap Pokok di Parlimen Balik Pulau
Menurut Awie, beliau bersama-sama dengan Sabaruddin melakukan 'walkabout' di sekitar Kampung Seronok dan juga di Kampung Permatang Pasir. - Astro AWANI
BALIK PULAU: Kempen Pilihan Raya ke-15 (PRU15) di Parlimen Balik Pulau hari ini dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi rock dan pelakon popular, Datuk Awie yang turun padang membantu kempen calon Bebas Cap Pokok, Datuk Seri Sabaruddin Ahmad .
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 54, berkata, beliau turun menyantuni penduduk sekitar Balik Pulau atas dasar persahabatan antaranya dengan calon Bebas berkenaan.
Menurut Awie, beliau bersama-sama dengan Sabaruddin melakukan walkabout di sekitar Kampung Seronok dan juga di Kampung Permatang Pasir.
Beliau juga sempat singgah di majlis ramah mesra makan tengah hari bersama penduduk setempat.
Awie berkata, beliau berharap penduduk Balik Pulau akan menyokong jentera baru calon Cap Pokok demi melihat perubahan di Parlimen tersebut.
"Saya tahu sahabat saya boleh buat kerja, sekarang dalam kemelut politik hari ini kita kena cari calon yang sesuai, jangan cari parti, kita kena cari calon yang boleh buat kerja.
"Jadi, saya rasa ini adalah calon yang tepat, insya-Allah. Saya datang bukan kerana saya artis, saya datang ini kerana semangat saya, artis tu kita tolak tepi la, itu satu jenama saja.
"Saya datang atas semangat nak sokong, semangat kita di dalam bukan di luar, harap orang Balik Pulau boleh sokong jentera baru kita beri kepada Parti Pokok yang akan membangunkan tempat ini, saya yakin... insya-Allah," katanya.
Sementara itu, Sabaruddin berkata, berbaki enam hari kempen, beliau akan terus menyantuni pengundi dan bertemu seramai mungkin penduduk Balik Pulau.
Jelasnya, sebagai anak jati Balik Pulau, beliau yakin akan dapat memenangi hati rakyat dan berjanji akan membantu menyelesaikan masalah yang dibangkitkan kepadanya sepanjang berkempen.
"Setakat hari ini, alhamdulillah, hari ini saya walkabout dengan Dato' Awie, banyak tempat kami pergi dan semuanya berjalan lancar dengan sokongan padu.
"Insya-Allah saya akan teruskan kempen saya sehingga saat akhir. Banyak pengundi yang sudah ditemui, dan team saya juga banyak yang masuk ke kawasan yang saya tak dapat pergi, kalau saya nak cover 80,000 orang memang tak mampu, jadi saya agihkan team saya untuk masuk ke kawasan," ujarnya.
Beliau yang pertama kali bertanding dalam PRU, berkata mahu membantu penduduk Balik Pulau yang dihimpit dengan tekanan kos sara hidup selain mahu melihat Balik Pulau maju setanding dengan kawasan lain di Pulau Pinang.
Ahli perniagaan itu berkata, beliau tidak menjanjikan bulan dan bintang namun berikrar akan memastikan kebajikan penduduk terjaga seterusnya menyelesaikan masalah penduduk sekiranya dia diberi mandat sebagai wakil rakyat di kawasan itu kelak.
Datuk Seri Sabaruddin Ahmad berdepan lima saingan membabitkan penyandang kerusi itu Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Pakatan Harapan), Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah (BN), Muhammad Harris Idaham Abdul Rashid (PN), Ahmad Fazli Mohammad ( GTA) serta satu lagi calon Bebas, Datuk Seri Johnny Ch’ng Ewe Gee pada PRU15.
Topic Berkaitan
#Awie bantu kempen
#calon Bebas Parlimen Balik Pulau
#PRU15
#Sabaruddin Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan