awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Banyak momen indah, Khairy pulang mengundi di Rembau

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
19/11/2022
02:54 MYT
PRU15:  Banyak momen indah, Khairy pulang mengundi di Rembau
Khairy yang memakai baju kemeja putih dan biru itu dilihat hadir seorang diri kira-kira pukul 8.40 pagi tadi. - Foto BERNAMA
REMBAU: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin selesai mengundi di pusat mengundi Sekolah Menengah Agama Hj Mohd Yatim, di Gadong, Rembau sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pagi tadi.
Beliau yang memakai baju kemeja putih dan biru itu dilihat hadir seorang diri kira-kira pukul 8.40 pagi tadi.
Beliau ketika ditemui berkata, meskipun berpindah kerusi selepas menang tiga penggal berturut-turut di kerusi Parlimen Rembau, sokongan penuh tetap diberikan kepada calon BN di Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan.
"Dua-dua, insyaAllah saya boleh berkhidmat di Sungai Buloh lepas ini. Banyak sangat momen-momen menyingkap kembali memori yang indah terlalu banyak, tetapi saya tak tinggalkan Rembau, saya masih ahli di sini , jadi insyaAllah kalau dipilih di Sungai Buloh, masih boleh berkhidmat di sini.
"Proses, cuaca tak menentu, kita biasanya petang baru nak hujan, tadi pagi pun dah hujan.. saya harap pengundi keluar awal, saya harap semuanya berjalan lancar," katanya.
Di Parlimen Rembau, terdapat seramai 133,555 orang pemilih berdaftar dengan meliputi pengundi Melayu sebanyak 73.62 peratus, india, 15.9 peratus, pengundi cina sebanyak 8.76 peratus.
Pada PRU14 lalu, kerusi Parlimen Rembau dimenangi oleh Khairy dengan majoriti 4,364 undi.
Khairy mendapat sebanyak 36,096 undi menewaskan calon PKR, Roseli Abdul Ghani yang mendapat 31,732 undi manakala calon Pas, Mustafa Dolah memperoleh 6,028 undi.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Khairy Jamaluddin
#Rembau
#Calon BN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan