awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
PM Wong zahir penghargaan ke atas penyertaan TUDM di Pertujukan Udara Singapura 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Bertanding di Kota Tinggi atau di kawasan mana pun sama sahaja, kata Khaled

Hilmi Malik
Hilmi Malik
29/10/2022
09:52 MYT
PRU15: Bertanding di Kota Tinggi atau di kawasan mana pun sama sahaja, kata Khaled
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan, beliau tidak mempunyai sebarang isu jika ditempatkan di mana-mana kawasan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15. - Gambar Astro AWANI
PASIR GUDANG: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan, beliau tidak mempunyai sebarang isu jika ditempatkan di mana-mana kawasan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang itu berkata, apa yang lebih penting adalah untuk membawa obor perjuangan parti dan bukan kepentingan peribadi.
Barisan Nasional (BN) dan UMNO, jelas beliau, akan tetap menyahut cabaran meletakkan calon di Parlimen Pasir Gudang.
"BN menerusi UMNO akan tetap bertanding di Pasir Gudang dan saya serah kepada pucuk pimpinan untuk tentukan mana sahaja saya diletakkan.
"Saya bukan pertama kali bertanding dan bukan untuk diri saya, di mana-mana pun saya mewakili BN dan UMNO jadi pergi mana pun sama saja," katanya ketika hadir merasmikan Cawangan UMNO D' Rimba Pasir Gudang, di sini, pada Sabtu.
Khaled berkata demikian sebagai mengulas spekulasi yang menyebut beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Kota Tinggi pada PRU15.
Dalam pada itu, beliau turut mengharapkan pengundi kali ini untuk mengambil kira kedudukan kerajan negeri bagi memastikan kejayaan Pilihan Raya Negeri Johor lalu dapat diulangi.
"Rakyat perlu guna peluang ini untuk Johor terus stabil dengan tidak meletakkan parti lain yang boleh jejaskan kedudukan Johor.
"Rakyat mesti pastikan kerajaan negeri dan Pusat dari parti sama supaya tidak terputus apa-apa perancangan yang akan dibuat," ujarnya lagi.
Terdahulu, pada program perasmian Cawangan UMNO D' Rimba Pasir Gudang, seramai 60 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengumumkan keluar parti dan menyertai UMNO.
Topic Berkaitan
#PRU15
#calon UMNO
#Parlimen Pasir Gudang
#Mohamed Khaled Nordin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan