awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: BN Kedah tampil separuh calon muka baharu

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
08/10/2022
10:14 MYT
PRU15: BN Kedah tampil separuh calon muka baharu
Datuk Othman Aziz, berkata pihaknya telah selesai menyenaraikan nama calon PRU15 di Kedah dan sudah diserahkan kepada UMNO Pusat. - Gambar/ Astro AWANI
JERLUN: Separuh daripada calon yang akan mewakili Barisan Nasional (BN) Kedah bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) terdiri daripada muka baharu.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Othman Aziz, berkata pihaknya telah selesai menyenaraikan nama calon terbabit.
Beliau berkata, semua 15 bahagian telah selesai menghantar nama berkenaan kepada pucuk pimpinan UMNO Pusat.
Katanya, setiap bahagian diarahkan menghantar lima nama calon kawasan masing-masing bagi mewakili Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Jelas Othman, pihaknya sudah meneliti semua senarai calon yang diharap dapat memberi keyakinan kepada pengundi untuk menyokong BN.
"Kita akan menggabungkan tenaga muda, saya rasa mungkin lebih separuh muka baharu... muka baharu ini, tidak kiralah sama ada muda mahupun belum pernah bertanding sebelum ini... dan juga di kalangan wanita.
"Jadi kita gabungkan orang-orang berpengalaman, mungkin ada yang ‘recycle’... mungkin ada pernah bertanding kalah... ataupun mungkin dia akan bertanding semula.
"Dan juga muka muka baharu di kalangan Pemuda, mahupun muka-muka baharu daripada kepimpinan bahagian itu sendiri... (seperti) naib ketua dan juga di kalangan kepimpinan wanita," katanya.
Othman berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Karnival Mini Majlis Pembangunan Usahawan dan Koperasi Parlimen Jerlun di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Bonglai, hari ini.
Topic Berkaitan
#BN Kedah
#PRU15
#calon muka baharu
#Othman Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan