awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: BN Pahang tidak halang Ismail bertanding atas tiket PN

Norfarhiza Mohd Atar
Norfarhiza Mohd Atar
04/11/2022
07:48 MYT
PRU15: BN Pahang tidak halang Ismail bertanding atas tiket PN
Wan Rosdy menyampaikan Bantuan Prihatin Pahang kepada penerima sempena Majlis Pelancaran dan Penyerahan Tapak Projek Penternakan Ayam Felcra di Sungai Damak, Jerangsang, Benta hari ini. - Astro AWANI
LIPIS: Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail tidak menghalang penyandang kerusi Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib untuk bertanding di Maran bagi mewakili parti Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
Beliau berkata, semua calon berhak bertanding berasaskan prinsip demokrasi menerusi parti pilihan masing-masing.
"Kita tidak boleh halang sebab beliau (Ismail) dicalonkan oleh pemimpin tertinggi (PN).
" Jadi beliau rasa beliau layak untuk mempertahan kerusi Parlimen Maran yang disandang melalui parti tersebut, terpulanglah, kita tidak boleh nak buat apa sebab kita demokrasi," katanya.
Wan Rosdy berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Dan Penyerahan Tapak Projek Penternakan Ayam Felcra di Sungai Damak Jerangsang Mukim Tanjung Besar, Benta di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Besar Pahang yakin UMNO Bahagian Maran telah bersiap siaga menerusi kempen yang diatur selepas penamaan calon 5 November sehingga PRU15 yang akan diadakan pada 19 November ini.
"Kita percaya UMNO Bahagian Maran telah bersiap sedia memenangi kerusi Parlimen Maran serta di kawasan lain menerusi calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti
"Saya yakin BN akan memenangi kerusi Parlimen Maran kerana calon yang bertanding merupakan mereka yang berwibawa dan dekat di hati pengundi berasaskan kerja keras yang dibuat sebelum ini," katanya.
Semalam media melaporkan Ismail memilih untuk bertanding semula di Parlimen Maran atas tiket PN berikutan beliau digugurkan sebagai calon BN di kawasan tersebut.
BN Pahang telah mencalonkan Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin untuk bertanding di kerusi Parlimen Maran pada PRU15 ini.
Dalam pada itu ketika ditanya mengenai kerusi DUN Cheka, Wan Rosdy enggan mengulas calon yang akan bertanding.
Penyandang DUN Cheka sebelum ini iaitu Lee Ah Wong dari parti MCA yang memenangi kerusi berkenaan pada PRU14 dengan mendapat majoriti 202 undi.
Dalam pertembungan tiga penjuru itu, Ah Wong memperoleh 3,475 undi manakala calon Pas, Saludin Endol (3,273) dan calon PKR, Rasid Muhamad mendapat 2,930.
Beliau juga menjelaskan Belanjawan Kerajaan Negeri 2023 yang dibentangkan baru-baru ini antara manifesto pada PRU kali ini.
"Kita akan buat dan laksanakan pelbagai bentuk pembangunan termasuk kebajikan rakyat.
"Sebagai contoh Rumah Rakyat Pahang kita tingkatkan dari enam buah kepada lapan buah dan setiap tahun ada peningkatan," ujarnya.
Jelasnya lagi, rakyat boleh melihat dan menilai kejayaan yang telah Kerajaan Negeri laksanakan dan usaha cemerlang itu akan diteruskan.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Ismail Abd Muttalib
#Wan Rosdy Wan Ismail
#Maran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan