awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: BN tawar skim bantuan khas dalam manifesto - Zahid Hamidi

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
07/11/2022
13:59 MYT
PRU15: BN tawar skim bantuan khas dalam manifesto - Zahid Hamidi
Kerajaan akan mengkreditkan bantuan secara automatik kepada semua isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM2,208. - ASTRO AWANI /SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional akan memperkenalkan skim bantuan pendapatan asas atau “Assistive Basic Income” sebagai salah satu inisiatif bagi menangani isu kos kehidupan dan sara hidup yang tinggi, jika menang Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).
Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata melalui skim ini, kerajaan akan mengkreditkan bantuan secara automatik kepada semua isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM2,208.
"Skim ini akan hadir sebagai jalan paling adil, munasabah dan strategik. Bukan sahaja bagi menangani kos sara hidup yang sangat membebankan.
"Namun bagi memastikan tiada lagi isi rumah yang terpaksa hidup di bawah garis kemiskinan. Atau dalam erti kata lain, selepas ini, insiden kemiskinan mutlak hanya akan tinggal sejarah di Malaysia.
"Bagi mereka yang mempunyai pendapatan dalam kelompok M40 dan termasuk dalam kumpulan pembayar cukai antara RM50 ribu hingga RM100 ribu pula, kita akan memberi dua peratus potongan cukai pendapatan.
"Ini sudah pasti akan membolehkan kuasa beli golongan M40 meningkat dan mengurangkan beban kewangan mereka," katanya pada pelancaran manifesto BN yang dinamakan Pelan Amal dan Usaha atau PADU, pada Isnin.
[LAPOR LANGSUNG] Gelanggang PRU15 sudah dibuka, calon penuh ada di sini
RUJUK SENARAI CALON PRU15 DI SINI
Jelasnya, PADU adalah satu revolusi besar-besaran dalam sistem pengagihan bantuan di seluruh negara.
"Skim ini akan menjadi tambahan pendapatan bulanan bagi memastikan semua isi rumah di seluruh negara mempunyai sekurang-kurangnya RM2,208 sebulan," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Zahid Hamidi
#Manifesto
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan