SEREMBAN: Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO tetap dengan pendirian untuk bergerak sendirian dan tidak mahu terikat dengan mana-mana parti lain dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, kata Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, ini kerana kerajaan yang dibentuk selepas PRU15 itu mestilah kerajaan yang mendapat majoriti besar sekali gus membawa kepada kestabilan politik selain berpegang kepada resolusi Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang tidak mahu kerjasama dengan parti lain.
"Jelas sekali UMNO ambil jalan untuk kita berseorangan (PRU15) dan tidak lagi terikat mana-mana parti, kita tidak mahu sebarang ikatan yang boleh mengekang tetapi apa jua rundingan atau ikatan adalah selepas PRU15.
"Kalau parti tidak boleh buat maka elok difikirkan bersama atau membuat ikatan dengan parti yang boleh dijadikan rakan kongsi untuk bina kerajaan yang kuat, itu juga antara usul dicadangkan dalam Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Rembau tadi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ditanya sama ada soal kedudukan Perdana Menteri (PM) dibincangkan dalam persidangan itu, Mohamad merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau berkata, tiada sebarang usul mengenai kedudukan PM dibangkitkan selain meletakkan perkara itu kepada kepimpinan tertinggi parti.
"Tak ada apa-apa perbincangan, tidak timbul soal sokong atau tidak sokong PM, kita ikut keputusan Majlis Tertinggi tempoh hari, kita beri mandat kepada lima orang kepimpinan tertinggi parti, namun terpulang kepada Bahagian masing-masing (usul kedudukan PM), kita tidak berikan apa-apa guideline (garis panduan)," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, perkara berkaitan pemilihan parti sama ada diadakan sebelum atau selepas PRU-15 akan turut diputuskan selepas perbincangan bersama Ahli Majlis Tertinggi UMNO terlebih dahulu.
- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 18 2021

Kerajaan yang dibentuk selepas PRU15 itu mestilah yang mendapat majoriti besar sekali gus membawa kepada kestabilan politik selain berpegang kepada resolusi Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang tidak mahu kerjasama dengan parti lain. - Gambar fail

HFMD: Premis jagaan kanak-kanak di Melaka dengan lebih empat kes akan ditutup
Pengusaha premis berkenaan diminta segera melaporkan perkara tersebut kepada JKNM bagi tindakan kawalan dan pencegahan wabak.

AWANI Ringkas: Kediaman bertanah jadi pilihan di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MDEC buka permohonan Geran Teknologi Global, Geran Pemangkin 4IR
MDEC buka permohonan untuk Geran Teknologi Global, Geran Pemangkin 4IR edisi 2022 | Dagang News
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [20 Mei 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [20 Mei 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967781/thumbnails/30824897611653009649103_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [20 Mei 2022]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Afiezy Azaman dan Nursyazwani Saiful Sham.

Lagu bernada tinggi, peminat juga perlu memahami - Ziana Zain
Ziana Zain percaya setiap penyanyi akan memberikan persembahan terbaik setiap kali di pentas, dengan kemampuan yang dimiliki.

AWANI Pagi: Sambutan Hari Bomba Sedunia 2022
Rumah terbakar panggil bomba, bomba datang berlumba-lumba. Hakikatnya kini tugas pasukan bomba bukan sekadar memadam kebakaran. Ikuti perbincangan bersama KP JBPM dalam Awani Pagi

Mansuh AP tidak selesai isu kos makanan - Sim Tze Tzin
Pemansuhan AP import makanan tidak akan mencapai matlamat mengurangkan kos harga makanan sebab hanya melibatkan lima jenis makanan.

Program Jom Tengok Bola semai semangat perpaduan rakyat - Halimah
Program anjuran bersama Astro AWANI itu amat bertepatan dalam menyatupadukan rakyat Malaysia.

Vaksin COVID-19 | WHO luluskan penggunaan kecemasan Cansino
Pertubuhan Kesihatan Sedunia memberi kelulusan kecemasan bagi penggunaan vaksin yang dikeluarkan Cansino Biologics di China. Ini merupakan vaksin kesebelas seumpamnya yang menerima kelulusan.

COVID-19 Global | Jumlah kes baharu melebihi setengah bilion
Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di peringkat global kini melebihi setengah bilion. Dalam tempoh 24 jam lepas terdapat pertambahan ratusan ribu kes menjadikan jumlah kes baharu yang direkodkan melebihi angka 523 juta.

BN Sabah positif kerjasama solidariti dengan GRS demi pembangunan negeri
Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, parti itu positif dengan penubuhan jawatankuasa yang diumumkan oleh Ketua Menteri.

'Pindaan perlembagaan UMNO penting demi kelangsungan parti, gerak kerja hadapi PRU15'
Pindaan perlembagaan UMNO penting untuk menyempurnakan hasrat ahli pada PAU yang lalu, tetapi juga sebagai kelangsungan parti hadapi PRU15.

Muafakat Nasional: UMNO perlu lupakan kerjasama dengan Pas pada PRU15 - Zahid
Kerjasama UMNO dan Pas melalui Muafakat Nasional (MN) perlu dilupakan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

RUU Antilompat Parti akan tarik sokongan orang muda kepada BN - Nazri
Nazri menjelaskan dengan adanya RUU tersebut, rakyat Malaysia yang sudah bosan dengan kerenah ahli politik akan keluar mengundi.

PasLeak: Politik Malaysia perlukan pemain, pendekatan dan pemikiran baharu - Shaiful Hazizy
Arena politik negara akan jadi "pi mai pi mai, tang tu" sahaja sekiranya tiada usaha untuk mewujudkan gelombang baharu.

Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.

Pas nafi atur rancangan jatuhkan BN, UMNO - Ahmad Samsuri
"Yang dokumen sampah macam itu pun ada orang percaya jugakah?"

Cadangan Ismail Sabri jadi Pengerusi BN hanya lontaran idea - Annuar Musa
Menurut Annuar, cadangan itu dilontarkan susulan keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO mencalonkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri (PM) bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Perpaduan antara GRS, BN penting jayakan perancangan kerajaan Sabah - Hajiji
Hajiji berkata, ia bagi memastikan perancangan kerajaan Sabah untuk memajukan negeri dan rakyat dapat dilaksanakan dengan berkesan.

'Ku Nan tersilap, tak semestinya Presiden UMNO saja boleh jadi Pengerusi BN' - Saiful Bahar
Menurut Saiful Bahar, tidak tertera dalam Perlembagaan BN bahawa Presiden UMNO harus menjadi Pengerusi kepada gabungan parti itu.