awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Calon wajar ditapis, bukti integriti berpolitik

Fahmi Izuddin
Fahmi Izuddin
04/11/2022
05:38 MYT
PRU15: Calon wajar ditapis, bukti integriti berpolitik
Salehuddin berkata, negara masih tidak mempunyai sebarang undang-undang untuk menghalang mereka yang mempunyai kes mahkamah daripada dicalonkan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Setiap individu yang dipilih untuk menjadi calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) wajar ditapis sebelum dicalonkan mewakili parti masing-masing.
Ia bagi memastikan setiap calon bebas daripada sebarang kes mahkamah yang boleh menghilangkan kepercayaan para pengundi pada pilihan raya kelak.
Peguam bela dan peguam cara, Datuk Salehuddin Saidin berkata, adalah satu keperluan untuk menapis mereka sebelum tercalon untuk bertanding.
"Kalau seseorang itu dicalonkan bertanding dalam pilihan raya, seharusnya calon tersebut mempunyai integriti.
"Pastikan tiada kes yang melibatkan beliau, tiada kes jenayah, kesalahan pecah amanah ataupun kes-kes yang melibatkan sogokan dan sebagainya," tegasnya sewaktu ditemu ramah secara maya dalam rancangan Malaysia Memilih pada Jumaat.
Pada masa sama, beliau berkata, negara masih tidak mempunyai sebarang undang-undang untuk menghalang mereka yang mempunyai kes mahkamah daripada dicalonkan.
"Kalau kita lihat kepada undang-undang yang ada di Malaysia ini, kita tak ada undang-undang yang secara spesifik mengatakan bahawa seseorang itu ada penyiasatan mahkamah, beliau tidak boleh dicalonkan,
"Cumanya, ada satu peruntukan di bawah Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa, andai kata seseorang calon itu mempunyai kes mahkamah yang telah disabitkan dan dijatuhi hukuman tidak kurang dari setahun ataupun denda tidak kurang dari RM2,000, maka mereka ini tidak layak bertanding," ujarnya.
PRU15 | Kewajaran calon ditapis
Beliau juga berkata, institusi keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga memainkan peranan yang penting dalam menapis setiap calon yang dipilih.
"Apabila dicalonkan, mereka telah ditapis oleh parti dan telah melalui tapisan daripada pihak keselamatan, terutamanya pihak polis.. dan telah dicatat oleh pihak polis. Pihak SPRM juga akan menyemak sama ada individu tersebut mempunyai kes atau kesalahan," katanya.
Bagaimanapun, beliau tidak menolak kenyataan bahawa terdapat beberapa ahli poltik yang masih mempunyai kes di mahkamah, namun tetap dicalonkan untuk bertanding pada PRU15.
Ia seterusnya menimbulkan seribu satu persoalan daripada masyarakat terhadap kewibaaan golongan ini untuk bekhidmat sebagai wakil rakyat dan ahli Parlimen.
Selain itu, Salehuddin turut bersetuju terhadap pendekatan yang diambil oleh segelintir ahli politik yang mengisytiharkan harta sebelum bertanding pada PRU15.
"Ini adalah stau pendekatan yang amat baik, kerana mereka dah bagitau awal-awal kepada rakyat bahawa mereka ada harta yang banyak, dan jika mereka dipilih satu hari nanti, tidak akan timbul persoalan bahawa mereka meraih kekayaan semasa mereka telah menjadi seorang ahli Parlimen,
"Jika mereka mempunyai perniagaan ataupun memang individu yang kaya... harus mengisytiharkan harta agar rakyat tahu. Ini satu pendekatan yang bagi saya sangat bagus," tambahnya.
Tambahnya lagi, pendekatan ini mampu mengelakkan sebarang spekulasi negatif dan tohmahan daripada masyarakat berkenaan status kekayaan mereka sewaktu menjadi ahli Parlimen.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Datuk Salehuddin Saidin
#calon
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan