KUALA LUMPUR : Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyeru agar rakyat Negeri Johor sentiasa menjaga tingkah laku dalam menghadapi Pilihan Raya Umum 15 (PRU15).
Menerusi satu entri di Facebook, Tunku Ismail turut mengingatkan agar rakyat negeri tersebut bertanggungjawab dalam apa jua perkara yang dilakukan.
"Ingin saya mengingatkan kepada semua bangsa Johor agar sentiasa menjaga tingkah laku dan bertanggungjawab dalam apa jua perkara yang anda lakukan.
"Semoga negeri Johor dan seluruh bangsa Johor sentiasa diberkati dan dipelihara Allah SWT. Muafakat itu berkat, Allah Peliharakan Sultan," katanya ringkas.
Beliau tidak mahu keharmonian dan keselamatan di Johor terjejas oleh pihak-pihak tertentu kerana PRU15 akan datang.
Terdahulu, berlaku insiden kekecohan di Muar membabitkan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang diadakan di sebuah dewan restoran di Jalan Bakri pada Sabtu.
Mengikut laporan, kekecohan dipercayai bermula apabila tetamu di sebuah dewan keluar bersemuka dengan sekumpulan kira-kira 30 orang yang memakai pelitup muka sambil menjerit-jerit yang kemudiannya membawa kepada insiden membaling botol serta mercun.
Ini bukan kali pertama insiden berlaku membabitkan parti itu. Malah, ceramah politik parti MUDA turut dilaporkan terganggu sekumpulan 'mat motor' di Parit Jawa, Johor pada 16 Oktober lepas.
Astro Awani
Sun Oct 23 2022
Menerusi satu entri di Facebook, Tunku Ismail turut mengingatkan agar rakyat bertanggungjawab dalam apa jua perkara yang dilakukan. -Foto HRH Crown Prince of Johor
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan dI Sabah esok
Sambutan Aidilfitri bertemakan 'Perpaduan Melalui Perayaan' itu akan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Pemergian Joseph Kurup kehilangan besar buat negara - TPM
Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan mendian Joseph Kurup sebagai pemimpin yang sangat baik dan banyak menyumbang kepada pembangunan Sabah.
Joseph Kurup guru dan sahabat dalam politik - Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan mendian Tan Sri Joseph Kurup sebagai seorang yang sangat banyak berjasa bukan hanya kepada pembangunan Sabah malah mediang dianggap seperti mentornya dalam politik.
Inisiatif bekalan air bersih di pedalaman bakal jadi tumpuan sidang DUN Sarawak
Empat agensi air di bawah Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak sedang merangka inisiatif bagi memastikan sasaran 100 peratus bekalan air bersih di seluruh Sarawak menjelang 2030 tercapai.
Fenomena 'Alamak Raya Lagi' tarik minat kaum lain bersama raikan Aidilfitri
Lagu 'Alamak Raya Lagi' dendangan kumpulan De Fam terus mencetuskan fenomena apabila sekumpulan gadis berbangsa India turut menjadi tular.
Salleh harap Sabah diberi kuasa autonomi seperti Sarawak
Jelas Datuk Seri Mohd Salleh Mohd Saidisu kritikal membabitkan kesihatan di Sabah akan dapat diselesaikan sekiranya negeri itu diberi kuasa autonomi kesihatan.
Abang Jo kongsi perancangan sarawak di Eropah minggu depan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijemput sebagai ahli panel dalam Forum Teknologi Hidrogen Eropah dan Forum Penyahkarbonan Eropah Tengah di Poland pada 24-25 April ini.
Nancy harap tindakan segera diambil kurangkan populasi buaya
Populasi buaya yang semakin meningkat di Sarawak dipercayai mencetuskan konflik antara reptilia itu dan manusia sehingga mencetuskan beberapa siri serangan buaya ke atas manusia.
Kemenangan, pencapaian serta sejarah antara pesanan TMJ
Tunku Ismail menyatakan pandangan bahawa sukan bola sepak adalah tentang kemenangan, pencapaian dan mencipta sejarah.
Pemangku Sultan Johor komen sinis pengurusan Selangor
Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi komen sinis ditujukan kepada pihak pengurusan Selangor.
TMJ bidas Selangor FC, tegaskan JDT sentiasa jadi pilihan
Tunku Ismail menegaskan JDT sentiasa menjadi pilihan pertama untuk mana-mana pemain beraksi di Liga Malaysia (Liga-M).
Tunku Ismail mampu bawa Johor capai status negeri maju 2030 - MB
Tunku Mahkota Johor mempunyai visi dan keupayaan memacu hala tuju pembangunan negeri ini selari dengan aspirasi ayahandanya Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Tunku Mahkota Johor terima menghadap PM Anwar
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini berkenan menerima menghadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, sempena lawatan Perdana Menteri itu ke negeri itu.
JDT: 'Underdog' tahun depan - TMJ
JDT akan tampil sebagai pasukan bukan pilihan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/2025 apabila sepak mula dijadual pada awal Mei.
JDT derma RM2.9 juta untuk Palestin dan Yayasan JDT
JDT menderma RM2.9 juta hasil daripada kutipan tiket dan hadiah kemenangan Liga Super kepada bantuan kemanusiaan Palestin dan Yayasan JDT.
TMJ cabar Selangor pecah rekod cemerlang JDT
Prestasi JDT itu jelas terpancar apabila pasukan kendaliannya itu terus memenangi empat musim dalam Liga Super tanpa sebarang kekalahan.
Jangan cemburu atau benci, tetapi kagumi kehebatan JDT - TMJ
Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan tiada mana-mana kelab di negara ini yang mampu meniru apa yang telah dilakukan oleh Harimau Selatan.
JDT akan tandatangani tiga atau empat pemain import untuk musim 2024
Johor Darul Ta'zim (JDT) kemungkinan menandatangani tiga atau empat pemain import baharu, musim hadapan.