KUANTAN: Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan ada berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di dalam kem tentera seperti dakwaan yang tular di laman sosial.

Hishammuddin berkata kenyataan yang diviralkan itu adalah palsu.

Malah katanya, pagi ini Panglima Tentera Darat (PTD) Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain juga telah menafikan dakwaan yang beliau membenarkan Hishammuddin  berkempen di mana-mana kem Tentera Darat.

"Fitnah, saya hanya turun berkempen di kawasan saya di Sembrong dan di Johor sahaja, tidak ada sekali pun masuk mana-mana kem untuk berkempen," katanya.

Hishammuddin ditemui ketika majlis bersama calon BN bagi kerusi Parlimen Kuantan, Abdul Hamid Nazahar dan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teruntum, Tanjung Lumpur dan Inderapura.

[LAPOR LANGSUNG] PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' 


Kenyataan itu bagi menjelaskan kenyataan yang tular di media sosial kononnya Panglima Tentera Darat membenarkan beliau untuk berkempen di mana-mana kem tentera darat.

SEMAK CALON PRU15 DI SINI!

Video palsu itu sebelum ini dikatakan telah tersebar di aplikasi WhatsApp.

Dalam satu kenyataan, Tentera Darat menyifatkan perkara tersebut tidak wajar dilakukan dan kenyataan PTD telah dimanipulasi oleh pihak berkepentingan dan berupaya menjejaskan imejnya.