awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Gabungan bersama PH, biar parti terlibat keluar kenyataan sendiri - Anwar

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
20/11/2022
14:06 MYT
PRU15: Gabungan bersama PH, biar parti terlibat keluar kenyataan sendiri - Anwar
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim konsisten dengan kenyataannya sebelum ini iaitu PH mempunyai jumlah kerusi parlimen yang cukup untuk membentuk kerajaan dengan bergabung bersama parti lain. - Astro AWANI
KAJANG: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim konsisten dengan kenyataannya sebelum ini iaitu PH mempunyai jumlah kerusi parlimen yang cukup untuk membentuk kerajaan dengan bergabung bersama parti lain.
Namun, beliau tidak mendedahkan parti mana yang akan bersama PH dan menegaskan biar parti berkenaan keluarkan kenyataan masing-masing.
“Seperti apa saya maklumkan semalam, kita sudah cukup majoriti untuk bentuk kerajaan dengan gabungan parti lain.
“Saya seronok kerana kami menyelesaikan rundingan secara maya namun untuk parti yang terlibat, biar mereka keluarkan kenyataan masing-masing dalam masa terdekat, mungkin malam ini atau esok,” jelasnya kepada media ketika ditemu bual di kediamannya di Sungai Long, Kajang.
Jelasnya, beliau turut yakin akan diberi peluang untuk mengetuai kerajaan.
“Saya yakin akan diberi peluang untuk mentadbir negara.
“Penubuhan parti, kestabilan negara, selamatkan negara dari unsur negatif itu adalah tugas bersama,” jelasnya.
Katanya, beliau juga akur dengan ketetapan Istana Negara berkenaan tempoh masa untuk menamakan calon Perdana Menteri sebelum jam 2.00 petang esok.
PRU15 | Anwar yakin diberi peluang perintah negara
PH semalam memaklumkan mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan, namun keputusan pada PRU15 menunjukkan gabungan itu hanya memenangi 82 kerusi parlimen.
Perikatan Nasional pula disahkan menang 73 kerusi dan kini berunding bersama gabungan dari Sabah dan Sarawak serta mengalu-alukan parti lain untuk bersama membentuk kerajaan kecuali PH.
BN pula menang di 30 kerusi parlimen, namun perlu bergabung dengan mana-mana gabungan lain sekiranya ingin berada dalam gabungan kerajaan.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#gabungan bentuk kerajaan
#Pakatan Harapan
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan