awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusia bimbang negara bekas Kuasa Paksi menentang resolusi PBB kecam Nazisme - Zakharova
Isu tanah ladang komersial FELDA-Terengganu hampir selesai - Ahmad Zahid
Kenaikan 300 peratus peruntukan Jalan Persekutuan bukti komitmen Kerajaan MADANI - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Gerakan mahu tanding 1 kerusi Parlimen, 7 DUN di Negeri Sembilan

Bernama
Bernama
28/08/2022
09:03 MYT
PRU15: Gerakan mahu tanding 1 kerusi Parlimen, 7 DUN di Negeri Sembilan
Lau berkata kawasan tersebut adalah Parlimen Rasah manakala bagi kerusi DUN pula adalah Temiang, Bahau, Bukit Kepayang, Rahang, Seremban Jaya, Lukut dan Repah. - Gambar/ Shahir Omar
SEREMBAN: Parti Gerakan berhasrat bertanding satu kerusi Parlimen dan tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Presiden parti itu Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai.
Lau berkata kawasan tersebut adalah Parlimen Rasah manakala bagi kerusi DUN pula adalah Temiang, Bahau, Bukit Kepayang, Rahang, Seremban Jaya, Lukut dan Repah.
"Kita tahu ada banyak tempat boleh bertanding terutamanya kawasan masyarakat Cina tetapi kami mahu fokus kawasan berpotensi menang. Kita akan fokus kepada kualiti, bukan kuantiti.
"Pemimpin perlu turun ke kawasan masing-masing, mendapatkan sokongan rakyat dan persiapan awal perlu bermula dengan diri sendiri. Prestasi calon-calon ini akan dipantau di peringkat Gerakan negeri sebelum dihantar ke peringkat pusat untuk dimuktamadkan," katanya kepada pemberita.
Terdahulu, beliau merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan Negeri Sembilan kali ke-47 serta Persidangan Perwakilan Wanita dan Pemuda Gerakan Negeri Sembilan kali ke-35 di sini hari ini.
Mengulas mengenai calon bagi kawasan tersebut, Lau berkata perkara itu akan dibincangkan di peringkat pusat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) nanti.
Dalam pada itu, Pengerusi Perhubungan Gerakan Negeri Sembilan Choong Vee Hing berkata PN peringkat negeri telah bersetuju menggunakan formula pembahagian kerusi Parlimen iaitu empat-tiga-satu (4-3-1) bagi pilihan raya nanti.
"Perbincangan awal (PN negeri) mengikut formula 4-3-1 bagi kerusi Parlimen, iaitu empat (Bersatu), tiga (PAS) dan satu (Gerakan) namun kawasan Parlimen yang mana masih belum dimuktamadkan. Gerakan negeri berhasrat untuk bertanding di Parlimen Rasah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#Negeri Sembilan
#GERAKAN
#Parlimen Rasah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan