awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Guna logo sendiri, Pas tiada niat jauhkan diri dari PN

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
30/06/2022
08:38 MYT
PRU15: Guna logo sendiri, Pas tiada niat jauhkan diri dari PN
Menurut beliau, niat itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas. - Gambar fail
BAGAN SERAI: Pas tidak berniat untuk menjauhkan diri daripada Perikatan Nasional (PN) walaupun terdapat cadangan untuk menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Malah, niat itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas.
Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, sebagai parti yang memperjuangkan Islam, mereka tidak berniat untuk berbuat demikian.
“Dalam Islam ni tidak ada satu ajaran mengajak supaya kita berpecah, Islam, Al-Quran dan hadith minta kepada kita supaya kita bersatu padu di antara sama lain.
“Lepas tu benda-benda yang boleh kita bertolak ansur, kita akan bertolak ansur dan hari ni pun, rakyat dalam negara semakin hari semakin matang dan akan tolak mana-mana pihak yang nak kepada perpecahan,” katanya.
Beliau ditemui ketika mengadakan lawatan kerja ke pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Gunung Semanggol/Selinsing di Bagan Serai, di sini, hari ini.
Menurutnya segala keputusan mengenai hubungan kerjasama dan penggunaan logo akan diputuskan oleh Majlis Syura Ulama Pas.
Pada Jumaat lalu, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin memberi bayangan parti itu akan menggunakan logo sendiri pada PRU-15.
Katanya, imej bulan yang terdapat pada logo parti itu dilambangkan sebagai bersih dan pihaknya yakin ia mampu memberi kelebihan kemenangan kepada calon parti berkenaan kelak.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin bagaimanapun berkata, perkara itu masih dalam perbincangan di peringkat tertinggi Perikatan Nasional (PN).
Jelasnya ia akan diumumkan kemudian, selepas keputusan mengenainya dibuat.
Topic Berkaitan
#PAS
#logo
#PRU15
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan