SHAH ALAM: Berbaki tujuh hari sahaja lagi, rakyat Malaysia bakal menjalankan tanggungjawab untuk turun mengundi di kawasan masing-masing.

Malam ini, Astro AWANI bakal menjengah ke Shah Alam untuk mendekati dan mendalami isi hati penduduk di sana.

Antara isu yang akan dibawakan termasuk isu banjir, kesesakan lalu lintas, pembangunan tidak seimbang dan peningkatan kos sara hidup yang diharapkan dapat diselesaikan selepas di bawah pemerintahan kerajaan baharu kelak.

Warga kerja AWANI di Medan Selera Seksyen 2, Shah Alam.

Empat calon muka baharu bakal merebut kerusi Parlimen Shah Alam (P108) adalah Calon Barisan Nasional (BN), Hizatul Isham Abdul Jalil, calon Pakatan Harapan (PH), Azli Yusof, calon Perikatan Nasional (PN), Dr Afif Bahardin dan Muhammad Rafique Rashid Ali mewakili Gerakan Tanah Air (GTA).

Kerusi Parlimen Shah Alam sebelum ini dimenangi oleh Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad yang bertanding atas tiket Pas pada PRU12 dan PRU13 lalu.

Mampukah harapan pengundi di Parlimen Shah Alam dipenuhi? Siaran secara langsung Buletin AWANI745 dan program bual bicara, Agenda AWANI dari Medan Selera Seksyen 2, Shah Alam.

Agenda AWANI malam ini yang dihoskan oleh Fauzi Zin turut menampilkan calon Barisan Nasional P108 Shah Alam, Hizatul Isham Abdul Jalil bersiaran dari Seksyen 7, Shah Alam.

Sementara, program temu bual, ‘Agenda AWANI’ yang bersiaran dari Medan Selera Seksyen 2 bermula jam 8.30 malam akan dikendalikan oleh Essan Yahya dan Dzulfitri Yusop turut membawakan calon Perikatan Nasional (PN), Dr Afif Bahardin, Muhammad Rafique Rashid Ali calon Gerakan Tanah Air (GTA) dan Azli Yusof, calon dari Perikatan Nasional (PN).

Jangan ketinggalan untuk luangkan masa anda untuk kita sama-sama memberi perhatian dan meraih manfaat bersama kami Astro AWANI di saluran 501 dan di www.astroawani.com bermula pukul 7.45 malam dan 8.30 malam ini!