MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 3 Ogos 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 3 Ogos 2025.
1. Rundingan damai: Thailand, Kemboja pilih Malaysia kerana politik, ekonomi negara stabil – PM Anwar
Malaysia dipilih sebagai tuan rumah rundingan damai antara Thailand dan Kemboja berikutan keyakinan terhadap kestabilan politik dan kemajuan ekonomi negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua memohon maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat berikutan insiden insiden pemasangan bendera Jalur Gemilang secara terbalik pada 1 Ogos lalu.
Kerajaan Persekutuan bertekad untuk terus mempertahankan dan melindungi hak Sabah sepenuhnya kerana negeri itu adalah sebahagian daripada Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perbincangan mengenai isu berkaitan Laut Sulawesi antara Malaysia dengan Indonesia dilaksanakan secara menyeluruh berlandaskan undang-undang antarabangsa, fakta sejarah dan mengambil kira persetujuan Sabah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jenazah komposer Allahyarham Ross Ariffin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Baharu Sungai Kantan petang Ahad.
Kementerian Kesihatan (KKM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan meneruskan pelaksanaan inisiatif pemaparan harga ubat di fasiliti kesihatan swasta dan farmasi komuniti secara berperingkat bermula 1 Ogos ini.
Peguam kepada ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir memaklumkan bahawa pakaian dan barang peribadi yang dipakai oleh remaja itu ketika kejadian masih belum diambil oleh pihak polis untuk tujuan siasatan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan bahawa pihaknya tidak akan melindungi mana-mana individu yang terlibat dalam kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir di sebuah sekolah agama di Papar, Sabah pada 16 Julai lalu.
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli Pergerakan Puteri UMNO sempena ulang tahun ke-24 penubuhan sayap itu yang terus teguh menjadi tulang belakang perjuangan parti sejak lebih dua dekad.
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan petang semalam selepas dikesan memiliki cap keselamatan mencurigakan semasa melalui pemeriksaan imigresen di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami