KURANG tiga minggu lagi, Pilihan Raya Umum 15 (PRU15) bakal diadakan. Kepada seluruh warganegara Malaysia, ayuh kita bersama tunaikan tanggungjawab kepada negara dengan turun mengundi pada 19 November ini.

Bagi mereka yang tidak dapat hadir ke lokasi mengundi disebabkan bertugas atau berada di luar negara, undi pos adalah kaedah yang dibenarkan Akta Pilihan Raya 1958 dan dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bagi memudahkan golongan tertentu menjalankan kewajipan mereka untuk mengundi.

Sebagai contoh, sekiranya anda merupakan anggota polis atau tentera yang sedang bertugas menjaga keselamatan negara, petugas media atau yang berkaitan anda dibenarkan untuk membuat undi pos.

Tarikh Permohonan Undi Pos PRU-15

Tarikh tutup bagi kategori 1A (Petugas Pilihan Raya, ahli / pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera, dan petugas media) adalah pada 2 November.

Manakala, kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara) pada 23 Oktober dan kategori 1C (agensi/organisasi) pula 26 Oktober.

Untuk permohonan undi pos bagi Kategori 1A (Petugas Pilihan Raya, Ahli / Pegawai SPR, Anggota Polis, Anggota Tentera, dan Petugas Media), hendaklah memohon secara manual menggunakan Borang 1A.
Borang boleh dimuat turun dari portal rasmi SPR dan dihantar ke Pejabat Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya berkenaan.

Alamat dan maklumat Pejabat Pegawai Pengurus boleh dirujuk di portal rasmi SPR. Manakala bagi Kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara) dan 1C (agensi/organisasi) pula, permohonan hendaklah dikemukakan secara dalam talian (online) melalui portal MySPR.


BACA SEMUA BERHUBUNG PRU15 DI SINI


Berikut merupakan kenyataan media permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi PRU15: 
Lampiran 1



Kredit: SPR

Kredit: SPR
Kategori Pengundi Pos.

Terdapat tiga (3) kategori undi pos:

i. Kategori 1A:

Anggota polis dan tentera yang tidak dapat hadir undi awal kerana bertugas, petugas media yang menjalankan urusan liputan penjalanan pilihan raya, Ahli/pegawai SPR dan petugas pilihan raya.

Kategori ini perlu memohon undi pos secara manual menggunakan Borang 1A*.

*Muat Turun Lampiran: Borang 1A

ii. Kategori 1B:

Warganegara Malaysia yang bermastautin di luar negara dan telah layak mengundi. Kategori ini perlu memohon undi pos secara atas talian (online) melalui portal berikut: https://myspr.spr.gov.my/login


iii. Kategori 1C:

Anggota 9 Agensi Kerajaan dalam sektor kesihatan dan keselamatan.

Kategori ini perlu memohon undi pos secara atas talian (online) melalui portal berikut: https://myspr.spr.gov.my/login

iv. Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara:

Pegawai Kersajaan dan pasangan serta pelajar di institusi pengajian tinggi dan pasangan yang bermastautin di luar negara dan telah didaftarkan sebagai PTH luar negara. Kategori ini tidak perlu memohon undi pos kerana telah didaftarkan sebagai pengundi pos secara automatik.

Cara Daftar Undi Pos Online

Berikut dikongsikan cara untuk mendaftar sebagai pengundi pos online di Portal SPR.

1) Layari laman web https://myspr.spr.gov.my/ dan klik PERKHIDMATAN DALAM TALIAN.
Kredit: ecentral.my

2) Log masuk menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang didaftarkan.
Kredit: ecentral.my


3) Di bahagian kiri, anda akan nampak bahagian PERMOHONAN UNDI POS. Klik pada bahagian tersebut.


Kredit: ecentral.my

4) Sila lengkapkan maklumat Bahagian A dan semak maklumat dengan teliti. Lengkapkan setiap bahagian dan isikan nombor telefon dengan lengkap. Setelah lengkap, tandakan (/) pada kotak pengakuan dan klik DAFTAR.

Kredit: ecentral.my
5) Isikan no TAC yang dihantar ke e-mel anda.
Kredit: ecentral.my6) Sahkan maklumat seterusnya.

Kredit: ecentral.my


7) Selesai. Anda boleh memuat turun Borang 1B untuk simpanan rekod masing-masing.
Kredit: ecentral.my