awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Kenyataan kontroversi Zul Huzaimy tidak wakili pendirian Pas - Sanusi

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
14/11/2022
03:36 MYT
PRU15: Kenyataan kontroversi Zul Huzaimy tidak wakili pendirian Pas - Sanusi
Muhammad Sanusi (kiri) menyifatkan kenyataan Zul Huzaimy (kanan) sebagai berbahaya dan boleh memberi persepsi tidak baik kepada Pas sementara pelakon itu berkata video itu perlu ditonton secara penuh bagi memahami maksud sebenar kenyataannya.
IPOH: Kenyataan kontroversi selebriti tanah air Zul Huzaimy menerusi satu rakaman video pada satu program dipercayai anjuran Pas di Terengganu baru-baru ini, tidak mewakili pendirian parti berkenaan.
Pengarah Pilihan Raya Pas Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kenyataan itu tidak boleh dinilai sebagai mewakili parti kerana selebriti berkenaan bukan dalam kalangan pimpinan atau ahli parti.
“Dia bukan pemimpin atau ahli Pas pun. Kalau dia hendak sabotaj kita, dia pergi program kita dan dia kata begitu, kemudian salahkan Pas. Tak boleh begitu, kerana dia bukan mewakili Pas.
“Saya pun tidak berani nak cakap bagi pihak Pas. Hanya presiden, setiausaha agung sahaja boleh buat begitu. Saya hanya boleh bercakap dalam bidang saya iaitu pilihan raya, itu sahaja,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program Jelajah Perikatan Nasional (PN) Best Tambun di Meru Raya dekat sini, malam tadi.
Ia turut dihadiri Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Pengerusi PN Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria.
Muhammad Sanusi sebelum itu diminta mengulas berkenaan kenyataan Zul Huzaimy yang kontroversi dan didakwa bersifat perkauman.
Kenyataan pelakon filem Remp-it itu dibuat menerusi rakaman video tular berdurasi 44 saat yang dirakam dalam satu program di Kemaman pada 4 Nov lalu.
Dalam pada itu, Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah menyifatkan kenyataan pelakon itu sebagai berbahaya, selain boleh memberi persepsi tidak baik kepada pemerintahan Pas.
"Di Kelantan, Pas telah memerintah selama 32 tahun. Tiada apa yang terjadi, malah semua orang hidup dengan aman damai. Jangan kata paksa orang masuk Islam, bersunat pun kita tidak paksa,” katanya.
Sementara itu, Ahmad Faizal yang ditemui juga berkata, beliau secara peribadi tidak dapat menerima kenyataan yang dikeluarkan pelakon berkenaan.
“Kami sebagai parti PN yang meliputi pelbagai bangsa, kami menghormati kehidupan beragama dan kita patut raikan perbezaan yang ada. Dan perkara itu mesti wajib kita semua rakyat Malaysia pertahankan,” tegasnya.
Pada perkembangan sama, Zul Huzaimy menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya memohon maaf atas ucapan yang didakwa disalah anggap sehingga mencetus pelbagai reaksi warganet.
Katanya, video tular itu perlu ditonton secara penuh bagi memahami maksud sebenar kenyataannya pada program berkenaan.
"Saya bukanlah seorang yang terlalu ekstrem untuk suka bergaduh dengan orang. Saya pun bersahabat dengan kaum India, Singh dan Cina, malah arwah ibu saudara saya juga kaum Cina.
"Yang saya maksudkan, apabila ada sesetengah pihak yang memanaskan keadaan dengan membenci Islam, agama rasmi negara. Itu maksud saya.
"Diharap perkara ini tidaklah disensasikan sebagai ‘hate speech’ yang berbaur perkauman,” jelasnya.
SEMAK SEMUA CALON PRU15 MENGIKUT KAWASAN DI SINI
Topic Berkaitan
#Muhammad Sanusi Md Nor
#Zul Huzaimy
#perkauman
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan