awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Kerusi Parlimen bukan milik tetap individu - Saravanan

Bernama
Bernama
01/11/2022
09:45 MYT
PRU15: Kerusi Parlimen bukan milik tetap individu - Saravanan
Saravanan menjawab pertanyaan media pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali di Arena Merdeka hari ini.- Foto BERNAMA
TAPAH: Kerusi Parlimen bukan suatu kedudukan tetap milik mana-mana individu, kata Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M Saravanan.
"Ini kerusi Ahli Parlimen ini bukanlah kedudukan tetap, kita apabila sampai masa nanti setiap insan kena kosongkan (kerusi) untuk orang lain.
Mari kita bekerja untuk kepentingan parti, apabila saya dilantik sebagai Ahli Parlimen (sebagai) contoh, ada Ahli Parlimen sebelum ini digugurkan dan apabila saya digugurkan, saya kena terima," katanya kepada pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Deepavali di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai desas-desus ada pemimpin Barisan Nasional (BN) yang tidak dicalonkan dan bertindak menutup bilik gerakan di kawasan Parlimen berkenaan, menjelang pengumuman calon BN malam ini.
Ikuti semua perkembangan mengenai PRU15. KLIK DI SINI!
[LAPOR LANGSUNG] PRU15: Pengumuman calon BN dan PN
Saravanan berkata amalan ini bukan perkara baharu dalam politik namun seseorang itu perlu berpegang teguh kepada perjuangan parti dan mengetepikan kepentingan individu.
BN dijangka akan mengumumkan calon parti yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) malam ini.
Terdahulu, Saravanan yang juga Menteri Sumber Manusia menyampaikan sumbangan kepada Persatuan Kebajikan Orang-orang Kurang Upaya Batang Padang dan Persatuan Kebajikan Ibu Tunggal Tapah di majlis yang dihadiri kira-kira 2,000 warga Tapah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Calon PRU15
#Saravanan
#PRU15
#Malaysia Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan