awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Ku Nan tiada masalah pertembungan enam penjuru, mahu bertanding secara sihat

Bernama
Bernama
06/11/2022
08:54 MYT
PRU15: Ku Nan tiada masalah pertembungan enam penjuru, mahu bertanding secara sihat
Calon Barisan Nasional bagi Parlimen P125 Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bercakap kepada pemberita selepas menyantuni dan bersarapan pagi bersama penduduk setempat di Medan Selera Presint 16 hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau tidak mempunyai masalah dengan jumlah calon yang ramai bertanding bagi merebut kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bercakap kepada pemberita di Medan Selera Presint 16 di sini, penyandang Parlimen Putrajaya selama empat penggal itu berkata ini kerana beliau mahu bertanding secara sihat.
"Saya juga telah bertanding empat kali dengan nama-nama besar antaranya Timbalan Presiden PKR dan Naib Presiden Pas... saya tiada masalah," katanya.
Buat julung kali sejak kerusi itu dipertanding pada 2004, Parlimen Putrajaya menyaksikan pertembungan enam penjuru antara BN, Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Pejuang dan dua calon Bebas.
Mereka ialah Tengku Adnan (BN-UMNO), Naib Presiden Bersatu Datuk Dr Radzi Jidin (PN-Bersatu), Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz (PH-PKR), Timbalan Presiden Berjasa Datuk Mohd Rosli Ramli (GTA-Pejuang) serta dua calon Bebas iaitu Lim Fice Bee dan Samsudin Mohamad Fauzi.
Tengku Adnan turut melahirkan keyakinan bahawa pengundi muda di Putrajaya akan memberi sokongan kepada beliau untuk mengekalkan kerusi itu buat BN pada pilihan raya kali ini.
"Saya sayang anak muda di Putrajaya dan ada yang saya kenal dari kecil lagi sehingga mereka besar... mereka akan beri sokongan kepada saya kerana mereka tahu apa yang telah saya lakukan," katanya.
Mengulas naratif 'satu undi untuk siapa' yang dimainkan pembangkang, Tengku Adnan berkata tiada isu berbangkit berhubung perkara itu kerana semua pihak tahu calon Perdana Menteri untuk BN ialah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Bagi saya, tiada isu sama ada satu undi untuk Ismail Sabri atau (Datuk Seri Dr) Ahmad Zahid (Hamidi) tapi yang penting, satu undi (di Putrajaya) untuk sayalah," katanya.
Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli meminta supaya pengundi di Sungai Buloh tidak mengundi Khairy Jamaluddin kerana undi itu didakwa akan membolehkan Ahmad Zahid iaitu Presiden UMNO, yang juga calon BN di Bagan Datuk, menjadi Perdana Menteri.
Radzi pula berkata gerak kerja PN dalam usaha merampas kerusi Parlimen Putrajaya daripada BN telah memasuki 'gear lima.'
"Saya menawarkan diri untuk warga Putrajaya supaya dapat bawa pendekatan dan strategi baharu bagi menghasilkan bandar Putrajaya sebagai sebuah bandar pentadbiran yang lebih hebat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Taekwondo Terbuka Putrajaya di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#calon BN Putrajaya
#Tengku Adnan Tengku Mansor
#PRU15
#pertembungan enam penjuru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan