KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) sah akan meletakkan Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak kepada bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebagai salah seorang calon di bawah kuota parti itu untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika mengumumkan perkara tersebut berkata, Nik Omar akan mewakili PH untuk salah sebuah kerusi Parlimen di Perak.
Katanya lagi, senarai penuh kerusi yang ditandingi wakil PKR di bawah Pakatan Harapan, akan diumumkan pada 28 Oktober ini.
“Seterusnya ialah Al-Fadil Ustaz Nik Omar merupakan tokoh yang sangat dihormati, dari keluarga yang ulama yang sangat dihormati, dalam zaman ini ramai yang tak boleh menyaingi kasih rakyat seperti Nik Aziz.
“Beliau (Nik Omar) dengan sendirinya merupakan seorang ilmuwan agama, pendakwah disegani, beliau tentunya difahami sebagai anak kepada mantan Mursyidul Am Pas, Allahyarham Tuan Guru dan pernah bertugas sebagai YDP YADIM. Al Fadil Ustaz akan bertanding di Perak,” katanya dalam majlis pengumuman tersebut.
Astro AWANI sebelum ini memetik sumber sebagai berkata, Nik Omar merupakan antara pemimpin politik Amanah, yang dihubungi Anwar secara terus, dan ditawarkan sebagai calon kerusi Parlimen.
Untuk rekod, Nik Omar sebelum ini pernah bertanding di bawah bendera Parti Keadilan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14, namun tewas kepada calon Pas, Ahmad Fathan Mahmood.
“Pepatah Arab ada menyebut, semua jalan menuju ke Mekah, jadi ada yang jalan darat, ada yang jalan jauh, ada ke udara. Yang penting kita dalam satu PH, keberadaan ambo (saya) di sini untuk menunjukkan komitmen, tentang konsisten kita untuk bawa kerajaan yang berpaksi kepada keadilan,” kata Nik Omar ketika ditanya mengenai status keahliannya dalam Amanah.
Ikuti semua perkembangan mengenai PRU15. KLIK DI SINI!
Sementara itu, Anwar berkata, beliau telah menyampaikan pandangan tentang Nik Omar bertanding di bawah PH kepada pimpinan Amanah, namun enggan mengulas lanjut.
“(Status keahlian Nik Omar) belum berbangkit, sebab kita telah menyampaikan pandangan kepada Amanah, jadi isu itu tidak berbangkit sekarang. (yang penting) kita bertanding bawah PH,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Wed Oct 26 2022

Anwar (tengah) bersama Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli (kiri) dan ahli Pakatan Harapan Nik Omar Nik Abdul Aziz ketika hadir pada sidang media pengumuman menamakan calon-calon sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) hari ini.- fotoBERNAMA

Setiap menteri perlu serius sahut agenda Malaysia Madani - Rozhan Othman
Perlu ada tindakan susulan yang serius oleh setiap kementerian untuk menjayakan agenda Malaysia Madani.

Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.

APM mohon kerajaan pertimbang 1,501 jawatan kontrak
Penambahan perlu dibuat kerana rakyat Malaysia memiliki pengetahuan yang luas dan berjiwa besar untuk menjadi anggota APM.

SSM cadang semak semula kriteria pengecualian audit bagi syarikat persendirian di Malaysia
SSM berkata, cadangan semakan semula itu akan dijalankan melalui kaedah konsultatif.

Parti pembangkang India mahu Adani Group disiasat
Tuntutan parti pembangkang supaya isu itu dibincangkan di parlimen ditolak.

Pakej internet murah: Perlu tingkat kualiti perkhidmatan di Sabah
Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap akan tidak begitu bermakna sekiranya liputan internet masih tidak mencapai tahap yang memuaskan.

Pemain industri makanan perlu kerjasama jayakan pelaksanaan Menu Rahmah
Pengusaha makanan dan minuman perlu bekerjasama dalam menjayakan seruan kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup menerusi pelaksanaan Program Menu Rahmah.

Bekas CEO CAAM kini CEO penerbangan Kumpulan Berjaya
Berjaya Land Bhd melantik Datuk Kapten Chester Voo sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) bagi penerbangan kumpulannya.

Tze Yong wakil tunggal negara di Thailand Masters
Ng Tze Yong, menjadi wakil tunggal negara yang meneruskan perjuangan dalam saingan Thailand Masters.

Politik Pakistan | Polis Pakistan tahan bekas Menteri Kabinet Imran Khan
Polis Pakistan menahan ahli politik terkenal negara itu Sheikh Rashid Ahmed, Penahanan dibuat beberapa hari selepas beliau menuduh menuduh bekas Presiden Asif Ali Zardari terlibat cubaan membunuh bekas Perdana Menteri Imran Khan.

PRU15: Pas tidak terkesan penampilan anak arwah Nik Aziz, anggap satu 'jenaka politik'
Takiyuddin menyifatkannya sebagai jenaka politik apabila Nik Omar bertanding atas tiket PKR sedangkan beliau merupakan ahli parti Amanah.

PRU15: Nik Omar Nik Abdul Aziz bertanding di Perak, bawah kuota PKR - Anwar
PKR akan meletakkan Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak kepada bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebagai salah seorang calon PKR pada PRU15.

Serangan Christchurch paparkan perilaku sesetengah pihak dengan Islamophobia
Yang Dipertuanya Nik Omar Nik Abdul Aziz berkata, tragedi itu adalah satu tindakan ganas yang boleh dianggap sebagai jenayah kemanusiaan yang wajib dikecam oleh masyarakat antarabangsa.

Yadim komited jadikan Malaysia negara contoh patuh syariah
Yayasan itu juga akan berusaha memperkukuh hubungan dan interaksi dengan NGO Islam untuk dijadikan sebagai rakan strategik.

Nik Omar mulakan tugas sebagai YDP YADIM
Pelantikan Nik Omar dan Zolkharnain diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa pada 14 Dis lepas.

Jangan berkeras dengan LGBT, banyak cara lain lagi
Nik Omar berkata ada banyak jalan lain untuk membimbing golongan LGBT selain mengenakan tindakan keras terhadap mereka.

Hormati pemimpin walaupun bukan beragama Islam - Nik Omar
Agama Islam meraikan kepelbagaian agama dan dalam masa yang sama Islam mengajar umatnya bahawa tiada paksaan untuk menganut serta menghormati agama lain.

Nik Omar sedih dihalang ceramah
Nik Omar ketika memaklumkan perkara itu kelihatan sayu memandangkan tugas sebagai imam dan penceramah berkenaan telah digalas beliau selepas pemergian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sejak 2015 lalu.

Adakah Nik Omar 'game changer' politik Kelantan?
Gelombang atau tidak, semuanya terserah kepada tangan 1.05 juta pengundi di Kelantan, untuk terjemah suara dan hasrat mereka ke kertas undi.

'Adik kakok tu, Nik Omar panggil demo'
Tetapi ketika musim kempen politik, bahasa-bahasa rasmi dalam kamus Bahasa Melayu tidak laku diguna pakai.