TASEK GELUGOR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata segala intipati di dalam Bajet 2023 yang dibentang di Parlimen adalah 'janji' yang akan dan mampu dilaksana dari segi kewangan, berbeza dengan manifesto.
Perdana Menteri berkata bajet tidak boleh 'ditipu' dan semua yang dijanjikan telah dikaji secara teliti sebelum dibentang di hadapan Ahli Parlimen dan rakyat Malaysia.
"Manifesto ini macam-macam boleh, langit dan bintang semua dia janji, kalau boleh bulan tu nak dibawa jatuh ke riba, tetapi cukuplah sekali terkena, jangan kita lupa dahulu macam-macam janji dalam manifesto mereka.
"Tetapi bila kita bentang bajet, duit dah tersedia, ini bezanya. Kita bukan janji kosong, duit dah ada, kita dah bincang dari segi kewangan, mencukupi atau tidak...kita dah siap sedia kewangan cuma tunggu kelulusan, ini beza bajet dan manifesto," kata beliau.
Ismail Sabri berkata demikian sebelum merasmikan Program Pemantapan Komuniti Bandar Keluarga Malaysia di sini, hari ini yang turut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Ikuti semua perkembangan mengenai PRU15 DI SINI!
Program berkenaan dihadiri kira-kira 3,000 penduduk setempat.
Ismail Sabri bagaimanapun mengakui walaupun bajet itu telah dibentang di Parlimen, ia masih 'tergantung' dan menunggu kelulusan Ahli Parlimen.
"Jadi tergantung, kita boleh selesaikan masalah tergantung ini, kuasa di tangan tuan-tuan dan puan-puan, pastikan lepas PRU15, perdana menteri yang sama, kabinet yang baharu dibentuk di bawah saya...insya-Allah bajet yang kita luluskan akan dibentang semula dan diluluskan dalam kerajaan baharu yang akan dibentuk nanti," kata beliau.
Bajet 2023 berjumlah RM372.3 bilion dibentang Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 7 Okt lepas, sebelum Parlimen dibubarkan tiga hari kemudian.
Mengenai Bajet 2023, Ismail Sabri berkata antara lain kerajaan memperuntukkan sebanyak RM7.8 bilion untuk pemberian bantuan tunai yang akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima, iaitu jumlah peruntukan dan penerima terbesar dalam sejarah.
"Kita jaga kepentingan rakyat. Selaku menteri yang lama dalam Barisan Nasional, tanggungjawab kita jelas iaitu untuk memperkasakan dan membela kepentingan rakyat di akar umbi ini," kata beliau.
Sementara itu, mengenai Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB), Ismail Sabri berkata ia diperkenalkan kerajaan dalam usaha mengimbangi kesan pembangunan pesat dan komuniti bandar selain bagi meningkatkan kesejahteraan sosial dan memperkukuhkan keharmonian dalam komuniti.
"Pelaksanaan PKKB dibuat setelah mengambil kira kepentingan semua lapisan dan menjalinkan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak termasuk Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO)," kata beliau.
Perdana Menteri berkata kerajaan juga telah memperuntukan sebanyak RM2.25 juta bagi pelaksanaan PKKB di Semenanjung Malaysia dan akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 19 2022

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan ucapan perasmian pada program Pemantapan Komuniti Bandar Keluarga Malaysia di Tasek Gelugor hari ini. - Foto BERNAMA

Kita suka menghukum tanpa mengenali orang lain - Muhammad Faisal
Menurut Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, Muhammad Faisal Abdul Aziz perkara itu boleh diatasi dengan adanya program-program kunjungan dalam konteks agama dan kaum.

Lans Koperal didakwa terima rasuah RM3,500
Ia sebagai dorongan memulangkan semula barang-barang rampasan kes.

Wan Azizah harap Persatuan Pandu Puteri Malaysia terus berkembang
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan terus berkembang.

Lagenda Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sebelum ini Reed dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung tahun lepas.

KSM bersedia kendali, stuktur semula program berkaitan TVET
Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan TVET di negara ini.

Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.

Malaysia raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan - MIDA
Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM24 bilion bagi Malaysia.

Pengemis 'buta' bertongkat larikan diri diekori JKM
Individu dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan itu melarikan diri sebaik sahaja menyedari dirinya diekori.

Iran sedia pulihkan hubungan ekonomi dengan negara Arab
Iran bersedia untuk menyambung semula hubungan ekonomi dengan semua negara Arab di Timur Tengah berikutan perjanjian mengenai pemulihan hubungan diplomatik dengan Arab Saudi baru-baru ini.

Najib masuk hospital akibat jangkitan paru-paru
Datuk Seri Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu, tetapi kini sudah kembali ke penjara.

50 ahli UMNO Perak dikenal pasti sabotaj parti
UMNO Perak telah mengenal pasti lebih 50 ahli yang mensabotaj calon parti itu dan Barisan Nasional (BN) sehingga menyebabkan parti itu kalah teruk di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Petisyen PRU15: Waran tangkap terhadap Mohd Nor terbatal
Waran tangkap itu terbatal setelah Mohd Nor hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan berhubung kes itu pada Ahad.

Petisyen PRU15: Abdul Hadi, Mohd Nor hadir di mahkamah
Kedua-duanya tiba di mahkamah kira-kira jam 9 pagi.

Kerajaaan Perpaduan warisi 'rumah rosak' - Rafizi
Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menyifatkan Kerajaan Perpaduan mewarisi sebuah pentadbiran yang mempunyai banyak kerosakan serta perlu diperbetul.

Petisyen PRU15: Abdul Hadi hadir ke mahkamah esok
Pemimpin itu dijadualkan memberi keterangan jam 9.30 pagi di hadapan Hakim Pilihan Raya, Datuk Hassan Abdul Ghani.

Warisan tidak bertanding PRN enam negeri - Mohd Shafie
Parti Warisan (Warisan) memutuskan untuk tidak bertanding pada PRN di Semenanjung Malaysia membabitkan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu.

Gagal hadir beri keterangan, Exco Terengganu kena waran tangkap
Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada Khamis mengeluarkan waran tangkap kepada Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Mohd Nor Hamzah kerana gagal mematuhi perintah mahkamah.

'UMNO kalah bukan kerana seorang figura tetapi sebab khianat'
Menurut Mohd Razlan, bagi meningkatkan imej UMNO, pemimpin yang berjawatan dalam kerajaan perlu memainkan peranan.

Kes mahkamah bagi melemahkan PN menjelang PRN - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan pendakwaan terhadapanya dibuat bagi melemahkan gabungan itu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

PBRS perlu cipta kekuatan sendiri, tidak terlalu bergantung kepada BN - Arthur
Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) perlu mencipta kekuatan sendiri dalam usaha mengukuhkan parti selain tidak mahu terlalu bergantung kepada BN, kata Presidennya Datuk Arthur Joseph Kurup.