awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
AS lulus jualan senjata bernilai AS510 juta kepada Israel
DUNIA
Maruah negara harus dipertahan - Ketua Hezbollah
DUNIA
Qatar usaha sambung semula rundingan gencatan senjata Gaza, capai perjanjian program nuklear Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

POLITICS

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin

Bernama
Bernama
13/05/2022
10:13 MYT
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA PERLIS: PKR masih belum mempunyai kekuatan untuk bertanding secara sendirian, atau bergerak solo tanpa sokongan parti-parti lain pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, kata Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
"Jika kita tidak dapat kumpul kekuatan dan terpisah, parti akan hilang dukungan dan sokongan untuk memenangi kerusi dalam PRU15 akan datang," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Anggota PKR Perlis di Pusat Khidmat Rakyat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis di sini hari ini.
Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin, Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad dan ADUN Kuala Perlis, Nor Azam Karap.
Amirudin yang juga merupakan Menteri Besar Selangor berkata gabungan Pakatan Harapan (PH) di Selangor sebelum ini turut didekati beberapa parti lain yang menyatakan sokongan dan ingin bersama-sama dalam PRU15 nanti.
"Namun saya perlu merujuk dahulu kepada pimpinan gabungan PH untuk melihat bagaimana kita harus susun strategi dan formula untuk kemenangan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PKR
#Parti Keadilan Rakyat
#Selangor
#Amirudin Shari
#Menteri Besar
#PRU15
#pilihan raya
#PRN Melaka
#PRN Johor
#Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami