awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: PN serah lebih 112 SD sokong Muhyiddin sebagai PM-10 kepada Agong

Hakim Rahman
Hakim Rahman
21/11/2022
05:49 MYT
PRU15: PN serah lebih 112 SD sokong Muhyiddin sebagai PM-10 kepada Agong
Perikatan Nasional telah mengemukakan daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.
KUALA LUMPUR: Parti Perikatan Nasional (PN) telah mengemukakan Surat Akuan Berkanun (SD) daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 oleh Yang di-Pertuan Agong.
Menurut Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainuddin, jumlah SD yang dihantar melebihi 112 tandatangan, iaitu jumlah kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat yang diperlukan untuk pelantikan Perdana Menteri di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.
Sebelum ini, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan, beliau mempunyai sokongan yang mencukupi daripada parti dan beberapa Ahli Parlimen untuk membolehkan dirinya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri baharu susulan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Muhyiddin berkata, keyakinan itu diperoleh susulan pertemuan beliau dengan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Pengerusi Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor, Ahad lalu.
Menurut Muhyiddin, kedua-dua pemimpin itu serta “beberapa orang Ahli Dewan Rakyat lain” telah memberi komitmen untuk menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.
Sebelum ini Pengerusi GPS yang juga Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memaklumkan gabungan itu menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Ke-10.
PN memenangi 73 kerusi Parlimen dalam PRU15 lalu manakala GPS mendapat 22 kerusi Parlimen dan GRS sebanyak 6 kerusi Parlimen.
Topic Berkaitan
#PRU15
#PN hantar 112 SD
#Perdana Menteri ke-10
#Istana Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan