awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Poster besar bukan jaminan kemenangan - Aminuddin

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
14/11/2022
01:10 MYT
PRU15: Poster besar bukan jaminan kemenangan - Aminuddin
Aminuddin (dua, kiri) mengadakan pertemuan dengan jentera Puteri UMNO Tambun di Ipoh semalam. - Foto Astro AWANI
IPOH: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Tambun Datuk Aminuddin Md Hanafiah percaya poster besar bukan jaminan calon untuk menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Sebaliknya, kata beliau, apa yang paling penting ialah berapa banyak undi untuk calon yang dimasukkan ke dalam peti undi pada hari mengundi nanti.
Sehubungan itu, ujarnya, BN tidak akan terikut-ikut dengan rentak dua calon lawan, Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi PN Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang dilihat banyak memasang papan iklan dan poster gergasi.
“Mereka ada kemampuan untuk berbuat perkara itu, mereka buatlah poster, papan iklan, 'bunting' sebesar-besarnya.
“Tetapi bagi kami, sebagai ‘underdog’ kali ini, kita tidak perlu terikut-ikut, kerana tiada keperluan dan kemampuan.
“Kemenangan pada hari mengundi nanti, bukan berdasarkan kepada berapa besarnya papan iklan atau poster, tetapi akan ditunjukkan oleh bilangan kertas undi yang berada di dalam peti undi,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan jentera Puteri UMNO Tambun di sini semalam.
Beliau diminta mengulas perang poster dan papan iklan antara Anwar dan Ahmad Faizal, menjelang hari mengundi 19 November ini.
BACA: PRU15: Saya tak ada banyak duit untuk buat poster gergasi macam Anwar - Ahmad Faizal
BACA: PRU15: 'Giant' di Manjoi, poster gergasi Anwar Ibrahim gamit perhatian ramai
Menurutnya, beliau bersama calon BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi, Datuk Azizol Kama Abdul Aziz dan DUN Hulu Kinta, Datuk Mazlan Abdul Rahman menawarkan politik perkhidmatan.
“Kami adalah orang tempatan yang tidak lari daripada perjuangan. Kita tewas pada 2018 (PRU14) tetapi kami masih memberi khidmat, walaupun banyak kekangan, kerana kami dilatih untuk menjadi pemimpin yang memberikan khidmat sebaik mungkin.
“Kami tidak pernah lari dan kami juga sangat dekat dengan isu-isu tempatan yang dihadapi oleh penduduk dalam kawasan Parlimen Tambun,” ujarnya.
PRU15 | BN Perak gesa SPR pantau poster gergasi calon
Topic Berkaitan
#parlimen tambun
#Aminuddin Md Hanafiah
#perang poster
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan