KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi meminta Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli agar menyediakan lebih banyak 'payung' bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ini kerana beliau mendakwa, petisyen bantahan PRU15 telah gagal dan tidak mendapat sambutan rakyat.
"Saya nak berpesan kepada Rafizi. Sediakan banyak payung. Sediakan payung sebelum hujan. Nampak petisyen dia gagal sebenarnya.
"Kenapa gagal? Sebab saya difahamkan Bersih cuma ada 3,000 sahaja yang menyokong petisyen mereka. Itu bermakna rakyat memang mahukan pilihan raya dilakukan pada tahun ini.
"Sebenarnya tak cepat pun. Sebab sudah dekat sangat dengan tempoh idah pilihan raya.
"Tetapi rakyat memang tidak sabar untuk mendapatkan kerajaan yang stabil sebenarnya. Sebab itulah, petisyen Rafizi dan Bersih tidak mendapat sokongan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa menghadiri Mesyuarat MKT di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Isnin.
Desas-desus bahawa kerajaan mahu mengadakan PRU15 pada tahun ini mencetuskan bantahan pelbagai pihak khususnya pembangkang kerana menyifatkan ia tidak sesuai memandangkan risiko bencana banjir susulan Monsun Timur Laut (MTL).
Susulan itu, Rafizi melancarkan petisyen Bantah PRU15 Semasa Banjir: Selamatkan Nyawa Bukan Jawatan bermula 27 September lalu.
Bagaimanapun berdasarkan tinjauan Sinar Harian, petisyen berkenaan kini mendapat 24,255 sokongan berbanding sasaran 25,000 sokongan.
Sementara itu, Khamis lalu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 turut melancarkan petisyen membantah PRU15 diadakan semasa musim tengkujuh.
Dalam petisyen itu, Bersih 2.0 memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mengutamakan keselamatan dan kemudahan rakyat sebelum memutuskan pembubaran Parlimen.
Tinjauan Sinar Harian ke pautan petisyen berkenaan pula mendapati ia telah mendapat lebih 3,000 sokongan berbanding 5,000 sasaran setakat ini. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Oct 10 2022
MOHD PUAD ZARKASHI: Kenapa gagal? Sebab saya difahamkan Bersih cuma ada 3,000 sahaja yang menyokong petisyen mereka. Itu bermakna rakyat memang mahukan pilihan raya dilakukan pada tahun ini. -Foto Sinar Harian
ESSCOM laksana tugas cemerlang bendung ancaman - Kaunselor EU
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam membendung pelbagai ancaman di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESS ZONE).
APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000
APMM Labuan merampas minuman beralkohol pelbagai jenama, sebuah bot fiber, dan tiga enjin dianggarkan bernilai lebih RM472,000 yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan.
Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya bungkusan berisi komputer riba
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.
Ziana Zain giat bersenam di gimnasium, persiap diri untuk konsert solo bulan depan
Ziana Zain mahu memastikan beliau mampu memberikan yang terbaik apabila impiannya itu bakal menjadi kenyataan bulan depan.
AWANI 7:45 [25/04/2024] - Akaun KWSP distruktur semula | Pensyarah pro-Israel | Suspek tembak di KLIA didakwa | Astro Radio kekal nombor 1!
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Cynthia Ng;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
AWANI Ringkas: SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM
AWANI Ringkas
Pasaran getah ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan bagi getah fizikal LGM untuk GMM 20 adalah 754 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 700.5 sen sekilogram.
Kritikan Puad Zarkashi bersifat peribadi, tidak jejas pendaftaran PADU - Rafizi
Rafizi berkata mana-mana perubahan yang dilakukan kerajaan selalunya memang akan mendapat tentangan.
Bersatu akan berdepan krisis perlembagaan parti - Puad
Ia susulan tindakan ADUN Selat Klang isytihar sokongan kepada MB ketika parti itu baru meluluskan pindaan perlembagaan.
J-KOM wajar dirombak secara menyeluruh - Puad Zarkashi
Imej J-KOM semakin merundum setelah isu A dan W dibangkitkan serta analisis Timbalan Ketua Pengarahnya berkenaan Langkah Dubai.
Najib-Muhyiddin bergabung, cadangan syok sendiri - Puad
Puad berkata, perkara berkenaan tidak perlu dilayan, sambil menyifatkan individu yang memberi cadangan itu sebagai 'buta sejarah'.
ADUN MUDA, Amira Aisya ditempatkan di Blok Pengimbang PN - Speaker DUN Johor
ADUN Puteri Wangsa Amira Aisya Abd Aziz akan ditempatkan di Blok Pengimbang, sebaris dengan ADUN PN pada sidang DUN Johor Khamis ini.
UMNO tidak perlu adakan EGM - Puad Zarkashi
Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata adalah lebih baik UMNO melaksanakan 'post mortem' terperinci di semua peringkat.
Ismail Sabri gagal bezakan idealisme dengan 'uslub' - Puad
Ahli MKT UMNO Datuk Mohd Puad Zarkashi menyifatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai gagal membezakan antara idealisme dengan kaedah atau cara berjuang (uslub).
Ahmad Zahid tidak perlu letak jawatan - Puad
Tindakan mendesak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO tidak akan menyelesaikan isu terutama sokongan orang Melayu kepada UMNO.
Laluan UMNO masih berliku - Mohd Puad
"Bukan mudah untuk UMNO mencari formula baharu. Tetapi UMNO jangan panik seperti mahu tinggalkan Kerajaan Perpaduan."
1MDB: Kenapa Najib terus dizalimi? - Ahli MKT UMNO
Mohd Fuad berasa pelik apabila 1MDB meneruskan saman sivil terhadap Najib dengan menuntut ganti rugi AS$8 bilion daripada bekas Presiden UMNO itu.