awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Razman tegaskan beliau tidak akan minta maaf kepada Anwar

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
14/11/2022
09:30 MYT
PRU15: Razman tegaskan beliau tidak akan minta maaf kepada Anwar
Razman (dua dari kanan) pada sidang media khas berhubung isunya melibatkan dirinya dan Anwar di Gunung Semanggol pada Isnin. - Astro AWANI
KERIAN: Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria menegaskan beliau tidak akan meminta maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan kenyataan yang didakwa berbaur fitnah terhadap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu baru-baru ini.
Mengakui sudah menerima surat saman daripada Anwar, Razman menegaskan beliau akan terus memimpin Pas Perak untuk menyekat bekas Ahli Parlimen Port Dickson itu dan PH daripada berkuasa di Perak.
Tegasnya, Pas akan terus menjaga ummah dan kelangsungan Islam di Perak dengan tidak melepaskan negeri itu kepada PH kerana itu adalah perjuangan lebih penting buat parti tersebut
"Ingin saya menegaskan bahawa saya tidak akan memohon maaf. Saya tidak akan mohon maaf.
"Kalau dikata agenda dibawa PH diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim dan di belakangnya kita tahu tonggaknya adalah DAP dan berdasarkan kenyataan pimpinan PH selama 22 bulan dan kenyataan disebut di luar negara, saya yakin saya tidak memfitnah.
"Ini kenyataan yang cuba diselindungkan daripada rakyat," katanya pada sidang media khas di sebuah hotel di sini pada Isnin.
Tambah beliau, saman bernilai RM5 juta dihantar Anwar itu adalah kecil jumlahnya berbanding perjuangan menyelamatkan akidah umat Islam.
Malah beliau menegaskan tidak gentar untuk bertemu atau berdebat dengan Anwar berhubung isu tersebut.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan tular video siaran langsung di laman Facebook Razman dalam salah satu siri kempen PRU15 beliau di salah satu kawasan di DUN Gunung Semanggol yang berdurasi kira-kira 15 minit.
Antara ucapannya, Razman mendakwa PH yang diketuai Anwar mahu membawa agenda bagi menghalalkan perkahwinan sejenis sementara DAP pula didakwa akan membawa agenda komunis ke dalam negara sekiranya gabungan itu menang pada PRU15.
Susulan kenyataan itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak membuat laporan polis ke atas Pesuruhjaya Pas Negeri, Razman Zakaria yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Anwar.
Ketua AMK Perak, Zaim Sidqi Zulkifly berkata laporan polis berkenaan akan dibuat esok, susulan tular video siaran langsung di Facebook Razman dengan beliau mendakwa PH yang diketuai Anwar akan membawa agenda LGBT ke dalam negara.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Razman Zakaria
#Gunung Semanggol
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan