awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: 'Saya serahkan kepada rakyat untuk hukum PH, BN yang tidak jujur' - Azmin

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
11/11/2022
10:58 MYT
PRU15: 'Saya serahkan kepada rakyat untuk hukum PH, BN yang tidak jujur' - Azmin
Mohamed Azmin Ali berpendapat, BN dan PH tidak jujur dalam menyampaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-15. - Foto Astro AWANI/Rizal Rahim
GEORGE TOWN: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempersoalkan sandiwara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan yang bersih daripada rasuah, sedangkan beberapa calon mereka berdepan dengan pertuduhan jenayah berkenaan di mahkamah.
Justeru Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu berpendapat, BN dan PH tidak jujur dalam menyampaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mereka.
Beliau berkata, seeloknya mereka yang berdepan dengan kes mahkamah perlu memberi laluan kepada calon-calon lain atau baharu.
"Ini tidak memberi satu gambaran yang baik dan positif kerana mereka membayangkan untuk membentuk sebuah kerajaan yang bersih, stabil dan bebas rasuah.
"Bagaimana mungkin ini berlaku sedangkan calon mereka sendiri berdepan dengan pelbagai pertuduhan (rasuah) di mahkamah," katanya ketika ditemui pemberita selepas program ceramah Rakyat PN di Sungai Batu, Teluk Kumbar di sini pada Jumaat.
Turut hadir, Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff dan calon PN Parlimen Balik Pulau, Mohd Harris Idaham Mohd Rashid.
Mengulas lanjut, Mohamed Azmin yang juga calon Parlimen Gombak memberitahu, rakyat sudah cukup matang untuk menilai gabungan yang benar-benar ikhlas dan mampu membentuk kerajaan yang kuat, prihatin dan stabil.
"Jadi, saya serahkan kepada rakyat untuk menghukum PH dan BH yang tidak jujur dalam menyampaikan manifesto mereka kepada rakyat," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Perikatan Nasional
#Pakatan Harapan
#PRU15
#Azmin Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan